You are here
1st world sama’ fest tonjolkan hiburan ikut syarak Buletin Hiburan 

1st world sama’ fest tonjolkan hiburan ikut syarak

PERTUBUHAN Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) bakal menganjurkan 1st World Sama’ Fest bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya pada 28 Julai ini.

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada komponen Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017 yang mengetengahkan hiburan yang mengikut hukum Islam. Selain itu program sebegini juga adalah usaha mencetuskan kebangkitan peradaban Islam.

Konsert malam tersebut menggabungkan penyanyi nasyid dari lima buah negara iaitu Malaysia, Turki, Maghribi, Pakistan, Syria dan juga Amerika Syarikat. Artis Malaysia yang terlibat adalah Datuk Hattan, Datuk Nash, Raihan,  Johan As’ari dan juga Suara Permata.

Manakala penyanyi luar yang bakal membuat persembahan adalah Khalwati Ushaqqi  dari Turki, Nur Muhammadi (Manghribi), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabita An Nur (Syria) dan Chicago Mawleed Commitee (Amerika Syarika).

Sama’ merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Justeru konsert ini bakal mengetengahkan konsep persembahan seperti bacaan Al-Quran, selawat, qasidah, nasyid dan naat yang mengandungi nasihat agama.

Bercakap tentang persiapan konsert ini, Datuk Hattan yang ditemui ketika majlis sidang media berkata, beliau harus memiliki jiwa yang kuat agar setiap baris lirik yang disampaikan dapat difahami.

“Ini pertama kali saya terlibat dalam acara sebegini. Untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah saya buat, haruslah punya kekuatan jiwa untuk menyampaikan lirik nyanyian saya nanti,” ujar Datuk Hattan.

Sementara itu bagi Datuk Nash yang juga pertama kali terlibat dalam konsert seumpama ini memberitahu beliau akan membuat persembahan istimewa bersama anak-anak sekolah.

Tiket 1st World Sama’ Fest boleh dibeli secara online di www.ticketonline.com.my.

Related posts

Leave a Comment