You are here
3 destinasi percutian  SOLO Trend 

3 destinasi percutian SOLO

KITA semakin menghampiri penghujung tahun 2017. Mungkin ramai yang sudah merancang untuk bercuti. Kepada mereka yang mahu menikmati waktu bersendirian, berikut adalah beberapa destinasi yang boleh dijadikan pilihan.

LOMBOK, INDONESIA

Kepulauan Lombok semakin menjadi perhatian ramai pengunjung. Bagi mereka yang bosan dengan Bali, Lombok adalah destinasi pilihan sebagai pengganti. Bukan hanya pantai bersih dan cantik, malah Lombok juga terkenal dengan kehijauan alam semula jadi yang masih terpelihara. Tidak ada masalah untuk ke Lombok bersendirian kerana segala kemudahan boleh didapati di sana.

HOKKAIDO, JEPUN

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan jika anda melawat Hokkaido, Jepun. Pemandangan semula jadi yang masih belum ‘terusik’ antara yang menjadi tarikan di sini selain makanan tempatan. Mungkin ada yang berpendapat tidak sesuai melawat beberapa daerah di Jepun ketika musim sejuk. Namun Hokkaido sedia menerima kunjungan anda sepanjang tahun.

SOUTH ISLAND, NEW ZEALAND

Selalunya mereka akan yang berkunjung ke New Zealand akan rasa teruja untuk mencuba aktiviti lasak seperti whitewater rafting, skydiving dan bungee jumping. Senarai aktiviti sebegitu memang cukup popular di New Zealand. Ada juga yang suka berjalan menggunakan caravan merentas beberapa daerah.

Jangan risau jika anda bersendirian. Keindahan tasik dan pemandangan gunung  di South Island pastinya membuatkan anda terpukau. Jadi apa tunggu lagi? Sediakan kelengkapan anda dan mula rancang perjalanan.

SUMBER: TRAVEL INSPIRATION

 

Related posts

Leave a Comment