You are here
4 LANGKAH BIJAK SEBELUM BALIK RAYA Trend 

4 LANGKAH BIJAK SEBELUM BALIK RAYA

MUSIM  perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri pastinya ada yang mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman. Ada juga yang menggunakan kesempatan ini dengan bercuti bersama keluarga.

Isu ‘packing’ barang selalu menjadi rungutan sebelum memulakan perjalanan jauh. Berikut empat tips berguna yang mungkin boleh dijadikan panduan sebelum anda pulang ke kampung atau bercuti.

Senaraikan keperluan anda

Menyenaraikan segala keperluan yang perlu dibawa dapat mengelakkan daripada tertinggal barangan penting seperti wayar pengecas telefon atau ubat-ubatan. Anda boleh menyimpan senarai barangan dalam bentuk dokumen di komputer dan hanya perlu cetak sebelum merancang percutian.

Cara yang lebih mudah simpan sahaja di dalam telefon pintar anda. Anda boleh tambah atau pada mana-mana yang dirasakan tidak perlu untuk percutian seterusnya.

Ramal cuaca dan rancang acara

Dengan meneliti keadaan cuaca di destinasi pilihan, dapat membantu anda dalam merancang pakaian yang perlu dibawa. Bagi yang pulang ke kampung berhari raya, anda boleh pilih baju yang sesuai digayakan untuk majlis rumah terbuka atau ketika berkunjung ke rumah saudara.

Pilihan pakaian yang sesuai

Jika bercuti panjang, tidak perlulah membawa sejumlah pakaian yang banyak. Anda boleh mix and match atau ulang pakai baju yang dibawa. Apa lagi jika berada di kampung, tidak susah untuk membasuh dan pakai semula.

Bagi mereka yang bercuti pula dinasihatkan agar membawa jumlah pakaian sedikit supaya anda tidak terbeban dengan beg yang berat.

Sediakan set travel

Mengemas barangan sebelum bercuti akan jadi lebih mudah jika anda sudah sediakan set travel. Contohnya set wayar untuk peralatan elektronik. Letakkan dalam satu beg khas untuk bercuti. Begitu juga dengan peralatan mandi. Siapkan travel pack dengan kuantiti sedikit yang cukup sepanjang tempoh bercuti. Anda boleh jimatkan masa berkemas. Masukkan sahaja beg-beg kecil ini ke dalam sebuah beg besar berserta pakaian anda.

IDEA ASAL: YAHOO TRAVEL

Related posts

Leave a Comment