You are here
5 lokasi percutian luar negara dengan bajet RM2000 Trend 

5 lokasi percutian luar negara dengan bajet RM2000

Bila merancang untuk bercuti, bajet merupakan antara perkara penting yang menentukan lokasi yang bakal menjadi destinasi kita. Kejatuhan nilai ringgit pada awal tahun ini menyebabkan ramai yang sedikit keberatan untuk melancong ke luar negara kerana kekangan bajet disebabkan tukaran matawang yang tinggi.

Jadi kami ingin kongsikan antara lokasi-lokasi luar negara yang anda mampu pergi untuk setiap trip yang tidak lebih daripada RM2000 termasuk tiket kapal terbang.

Lombok, Indonesia

Lombok merupakan kawasan yang semakin dikenali dengan keindahan pantai yang bersih dan cantik. Jika dibandingkan kos percutian di Bali, Lombok jauh lebih murah dan menyeronokkan. Di sana juga terdapat air terjun dan apa yang buat tempat ini menarik lagi ialah gunung berapi yang aktif. Anda juga boleh menyewa helikopter untuk melihat pemandangan yang indah dari atas.

lombok

air-terjun-tiu-kelep

lombok-sea

CHIANG MAI, THAILAND

Negara Thailand tidak boleh dipisahkan dengan pelbagai makanan yang enak di Street Food. Kesegaran pulut mangga yang manis dan ais krim yang menyegarkan pasti akan menghilangkan dahaga ketika cuaca panas. Selain itu, di sini juga sinonim dengan haiwan gajah yang jinak. Thailand sangat memulihara gajah dan anda boleh naik di atasnya.

chiang-mai

elephant-chiang-mai

mango-sticky-rice-2

SIEM REAP, CAMBODIA

Teringat cerita Lara Croft. Bagi sesiapa yang memang minat sejarah dan keaslian di zaman purba, Angkor Wat tempat yang patut dilawati. Selain itu, anda juga boleh pergi ke street market dan melawat perkampungan sambil melihat matahari terbenam di Tasik Tonle Sap. Di sini, makanan halal sangat mudah didapati dan sikap masyarakat yang sentiasa ramah di sekitar Siem Reap.

6804022831_4ae2bec648_b

cambodian-market-seller-floating-village-kampong-kleang-siem-reap-cambodia

siem-reap-cambodia-golf-and-history-tour

BAROCAY, PHILIPPINES

Selain Krabi dan Phuket, Barocay juga merupakan destinasi pilihan yang kaya dengan keindahan pasir putih dan air laut biru yang menenangkan. Bagi yang berminat untuk melakukan aktiviti air di sini disediakan permainan Banana Boat dengan harga serendah RM 18. Selain itu, kejernihan air laut telah menarik pelancong dari Korea untuk bercuti di sini.

boracay-island-philippines

nami-resort-boracay-philippines

c700x420

PERTH, AUSTRALIA

Perth merupakan bandar negara kangaroo yang paling hampir dengan Malaysia. Tempoh penerbangan dari KLIA2 ke Perth adalah 5 jam 30 minit. Terletak di wilayah Western Australia, cara terbaik untuk meneroka lokasi menarik di sini adalah dengan menyewa kereta.

Ternyata banyak kawasan yang anda boleh kunjungi secara percuma. Anda boleh semak info lanjut di website WesternAustralia.com dan LookAtWa.com.

Di sini juga anda boleh cuba naik Transperth yang menyediakan perkhidmatan bas percuma di sekitar CBD, Fremantle dan Joondalup. Boleh rujuk jadual operasi bas transperth di website Transperth.wa.gov.au.

Baca juga tips berikut untuk rujukan:26 tips cuti bersama keluarga.

perth-australia

perth-fremantle-australia_0

image-adapt-761-medium

Sumber: TRIXIT

Related posts

Leave a Comment