You are here
5 pengembara wanita popular di Instagram Trend 

5 pengembara wanita popular di Instagram

LAMAN sosial Instagram pastinya medium terbaik untuk berkongsi detik indah termasuk memori percutian. Lima wanita ini menjadi inspirasi buat ramai pengikut kerana sering memuat naik perjalanan mereka mengembara ke serata dunia.

Kepada yang merancang untuk bercuti, mungkin gambar-gambar yang dimuatkan naik oleh lima orang ini dapat membantu membuat pilihan destinasi.

Kat Carney

Laman instagram milik Kat Carney dipenuhi dengan keindahan panorama alam semulajadi seperti melihat matahari terbenam di persisiran pantai dan berehat di buaian belatar belakangkan bukit bukau. Carney gemar melakukan aktiviti lasak seperti rock climbing, surfing dan snorkeling. Dia tidak pernah melepaskan peluang untuk merakam gambar sepanjang percutiannya sebagai memori.

tumblr_inline_ogljvaw4wf1svibx0_500

Foto: Instagram @katcarney

Becky Van Dijk

Pengalaman bercuti lebih dari 50 buah negara yang dikongsi oleh Becky Van Dijk ini amat mengujakan. Dia merupakan pengasas dan editor Weartravelgirls Community dan menggalakan golongan wanita untuk mengembara. Setiap gambar yang dimuat naik akan disertakan dengan #weartravelgirl.

becky-van

Foto: Instagram @beckyvandijk

Nellie Huang

Nellie Huang yang menggunakan nama @wildjunket di laman Instagram berasal dari Singapura dan kini menetap di Sepanyol. Nellie telah mengembara banyak tempat seperti Kyrgyzstan, Jamaica, Afrika dan Taiwan. Kini, laman instagramnya di jadikan sebagai album untuk dia menyimpan gambar-gambar sebagai bukti antara negara yang pernah dilawati.

nille-huang

Foto: Instagram @wildjunket

Melissa

Melissa ialah pengembara dari Indonesia mengambil keputusan untuk menggabungkan dua perkara yang unik iaitu mengambil gambar makanan sambil menjelajah. Setiap kali mencuba makanan baru dia akan memuat naik gambar tersebut di Instagram dan menjadi ikutan ramai. Lihat saja gambar makanan yang diambilnya membuatkan anda ingin melancong ke sana.

mellisa

Foto: Instagram @girleatworld

Brooke Saward

Brooke Saward berusia 24 tahun yang telah menulis buku perjalanannya ke setiap negara dan membina perniagaan sendiri tanpa bantuan keluarga. Kehidupan yang bebas membuatkan dia sering melancong ke tempat baru untuk melihat keindahan alam semula jadi dan mengambil gambar sebagai kenangan.

brooke

Foto: Instagram @worldwanderlust

 

Sumber: travel inspiration

Related posts

Leave a Comment