You are here
6 PULAU TERBAIK ASIA Trend 

6 PULAU TERBAIK ASIA

PULAU sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merancang percutian. Berehat di tepi pantai sambil menikmati angin laut serta melakukan snorkling adalah antara yang boleh dilakukan jika bercuti di pulau. Mana destinasi yang menarik? Jom kita lihat antara pulau indah di Asia.

KEPULAUAN SIMILAN, THAILAND

Kepulauan Similan terdiri dari sebelas buah pulau kecil yang terletak di Lautan Andaman, pantai barat Thailand. Sesuai buat mereka yang gemar dengan aktiviti snorkling kerana airnya yang jernih dan kaya dengan hidupan laut. Kepulauan ini menjadi salah sebuah lokasi Taman Negara di bawah lindungan kerajaan.  National Geographic Society menyenaraikan Kepulauan Similan antara 10 destinasi terbaik untuk penyelam.

similan-1

similan-2

PULAU POM POM, MALAYSIA

Pulau Pom Pom terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Semporna, Sabah. Pulau kecil ini cukup indah dengan pasir pantai yang putih dan tiada pencemaran. Selain hidupan laut yang pelbagai, pantainya juga menjadi tempat singgahan penyu bertelur.

pom-pom-1

pom-pom-2

pom-pom-3

PULAU MACLEOD, MYANMAR

Bagi mereka yang ingin menikmati ketenangan di tepi laut, Pulau Macleod, Myanmar adalah antara destinasi terbaik. Hanya terdapat satu resort di pulau tersebut dan ia boleh dikategorikan sebagai satu pusat eco-pelancongan yang terasing kerana tiada penempatan penduduk di pulau ini. Selain keindahan alam, ia juga sesuai untuk aktiviti menyelam.

macleod-3

macleod-2

PULAU KOMODO, INDONESIA

Pulau Komodo di Indonesia bukan sahaja sesuai untuk berehat dan melakukan aktiviti air. Malah di sana terdapat banyak bukit yang boleh dijadi sebagai satu cabaran buat mereka yang suka mendaki. Pulau ini juga terkenal dengan Taman Komodo Nasional yang menjadi ‘rumah’ bagi cicak komodo (cicak terbesar di dunia).

komodo-1

komodo-2

PALAWAN, FILIPINA

Daerah Palawan adalah salah satu pulau yang cukup indah di Filipina. Selain pantai bersih, pasir putih dan air laut berwarna biru, pulau ini juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Pulau ini pernah diiktiraf sebagai destinasi terbaik Asia.

palawan-3

palawan-2

palawan-1

RAJA AMPAT, INDONESIA

Pulau Raja Ampat yang terletak di daerah Papua, timur Indonesia semakin menjadi perhatian ramai. Bagi mereka yang suka aktiviti menyelam, Raja Ampat adalah destinasi terbaik kerana terdapat lebih dari 1300 ribu spesis hidupan laut di sana.

raja-3

raja-1

FOTO: GOOGLE

Related posts

Leave a Comment