You are here
6 TIPS cantik ketika bercuti Trend 

6 TIPS cantik ketika bercuti

KECANTIKAN wajah harus sentiasa dijaga walau ketika dalam perjalanan bercuti. Pastinya anda mahu nampak cantik dalam setiap gambar yang dirakamkan apabila tiba di destinasi percutian. Kadangkala perjalanan panjang boleh menyebabkan muka jadi lesu. Berikut ada beberapa tip dari www.travelinspiration.yahoo.com.

Sentiasa pastikan kulit bersih

Sabun pembersih muka adalah barang yang wajib dibawa. Penting untuk anda menggunakan jenama sabun pembersih yang sesuai untuk kulit. Jika beli yang baru, takut nanti menyebabkan kegatalan atau ruam pada wajah.

Pelembab

Penerbangan yang memakan masa lama boleh menyebabkan kulit muka kering akibat tekan di dalam pesawat. Sapukan sedikit krim pelembab pada wajah dan juga leher agar anda kelihatan segar apabila tiba ke destinasi. Jangan lupa juga krim tangan!

Elak kulit berminyak

Kulit mudah jadi berminyak jika anda ke kawasan lembap atau menaiki bot. Jangan lupa bawa kertas penyerap minyak. Bukannya berat pun. Ia boleh muat dalam poket atau beg tangan anda.

11

Bibir cantik

Cuaca panas atau berada di dalam ruang berhawa dingin terlalu lama boleh menyebabkan bibir kering dan merekah. Sapukan pelembab bibir bila perlu agar anda sentiasa nampak cantik apabila merakamkan gambar. Berjalan menaiki bas atau bot akan meningkatkan kadar masalah pada bibir

Segarkan mata

Mata boleh jadi bengkak dan lingkaran hitam mula timbul jika anda membaca buku terlalu lama atau menonton di dalam pesawat. Sapukan ais keliling mata untuk menghilangkan keadaan bengkak.

12

 

Solekan ringkas

Solekan nipis dan ringkas adalah terbaik ketika bercuti agar kulit anda boleh bernafas dalam keadaan penat. Cukuplah sekadar solekan yang membantu wajah anda kelihatan segar. Sebelum menyapu bedak, semburkan sedikit air mineral pada muka bagi mengelakkan kulit kering.

13

Pastikan semua alat solek yang dibawa adalah mengikut kuantiti betul seperti mana ditetapkan dalam peraturan menaiki pesawat.

Related posts

Leave a Comment