You are here
6 TIPS ELAK BERAT BADAN NAIK BULAN SYAWAL Trend 

6 TIPS ELAK BERAT BADAN NAIK BULAN SYAWAL

MUSIM perayaan ini pastinya banyak jemputan rumah terbuka. Inilah masanya untuk kita nikmati pelbagai jenis hidangan lazat setelah sebulan berpuasa. Namun diingat, jangan sampai berlebihan sehingga menyebabkan berat badan naik.

Berikut adalah beberapa tips kawal pemakanan daripada Jurulatih Persendirian & Pakar Pemakanan, Kevin Zahri. Semoga bermanfaat.

20 MINIT

Itulah masa yang diperlukan untuk berasa keyang setelah suapan pertama. Makanlah perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan berlebihan. Seperti sunnah nabi, berhenti makan sebelum kenyang.

JANGAN MULAKAN DENGAN DESSERT

Sentiasa bermula dengan hidangan seimbang terlebih dahulu sebelum memakan kuih-muih dan biskut raya. Dengan kaedah ini, anda akan dapat khasiat yang baik sebelum memakan kalori yang kurang baik. Ingat, keserderhanaan itu penting.

KENAL PASTI KALORI HARI RAYA

Untuk elak penambahan berat badan pada musim hari raya ini, anda perlu kenalpasti kandungan kalori makanan kegemaran anda. Kenapa? Kalau tidak, memang susah untuk mengawal jumlah pengambilan kalori.

KONSEP 10:20 HARI

Pilih 10 hari untuk ganjarkan diri (biasa hari-hari pertama dan hujung minggu yang biasanya penuh dengan rumah terbuka). 20 hari yang lain, biarlah hari yang pentingkan pilihan makanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

MINUM AIR KOSONG

Keistimewaan dan keenakan hari raya terletak pada makanan ketupat, lemang dan bukan pada minuman. Jadi untuk elak kalori daripada minuman, minumlah air kosong atau minum-minuman yang tidak berkalori seperi kopi-O-kosong, teh-O-kosong, Diet Coke dan lain-lain. Kalau anda minum 2x gelas air manis di setiap rumah terbuka (jumlah kalori 1x gelas katakan dalam 60kcal), kalau 50 rumah terbuka = 6,000 kcal atau 0.8kg.

JANGAN LEBIHKAN KUAH

Kalau anda gemar daging rendang cuba elak dari pengambilan kuah berlebihan kerana ia kaya dengan santan yang penuh lemak. Kalau makan sup-sup pun, kurangkan kuah sekiranya ia berasa masin kerana pengambilan garam berlebihan anda tingkatan takungan air badan – hasilnya gemuk air.

Related posts

Leave a Comment