You are here
6 tips hilangkan stress kerja di hujung minggu Trend 

6 tips hilangkan stress kerja di hujung minggu

LIMA hari bekerja dalam tempoh seminggu. Banyak urusan yang perlu diselesaikan sehingga kadang-kala menyebabkan tekanan. Manfaatkan waktu hujung minggu sebaik mungkin bagi menghindari tekanan dalam diri. Apa yang boleh anda lakukan?

HINDARI GAJET

Dalam tempoh lima hari kita sibuk dengan komputer atau telefon pintar untuk urusan kerja. Apa kata tinggalkan seketika gajet canggih anda pada hujung minggu. Luangkan masa sebaiknya dengan berehat. Mungkin anda boleh ambil lebih masa untuk tidur di siang hari.

1

NIKMATI ALAM SEMULA JADI

Bagi mereka yang suka dengan aktiviti seperti berbasikal dan mendaki gunung, hujung minggu pastinya sudah dirancang dengan baik. Namun jika tiada sebarang rencana, ambil sedikit masa keluar rumah menikmati alam semula jadi. Paling mudah anda boleh berjalan-jalan di taman. Udara segar dan cahaya matahari dapat membantu untuk menghilangkan tekanan.

2

SENAMAN

Senaman penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Sebagai langkah agar dapat memulakan hari Isnin dengan lebih produktif, jangan tinggalkan aktiviti senamam yang sering anda lakukan pada setiap hari bekerja. Senaman di hujung minggu juga lebih relaks kerana anda tidak perlu mengejar masa.

LUPAKAN HAL KERJA

Memang sukar untuk tinggalkan hal kerja walaupun di hari minggu. Apa lagi jika ada kerja yang belum disiapkan atau ada urusan penting pada minggu seterusnya. Jangan terlalu fikirkan sangat. Rehatkan minda anda. Fokus pada aktiviti hujung minggu anda.

PILIHAN MAKAN SIHAT

Hujung minggu biasanya kita mahu menikmati makanan lazat bersama keluarga atau teman rapat. Ada juga yang suka makanan ringan sambil berehat di rumah. Jaga pemakanan kerana anda perlu sihat untuk terus bekerja pada hari Isnin nanti.

4

CUTI PANJANG

Sesekali ambil cuti lebih. Mungkin anda boleh mula bercuti pada hari Jumaat atau Isnin. Dengan itu anda waktu yang lebih panjang pada hujung minggu. Bolehlah melakukan lebih banyak aktiviti.

GAMBAR: GOOGLE IMAGE

 

Related posts

Leave a Comment