You are here
8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Ke Jepun Trend 

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Ke Jepun

NEGARA Jepun sering menjadi pilihan untuk melancong. Dari utara sehinggalah ke selatan, Jepun kaya dengan khazanah serta punya keunikan budaya tersendiri.

Bercakap tentang negara matahari terbit ini, bukan sahaja keindahan alam yang menjadi sebutan. Malah kepesesatan teknologi di sana turut dikagumi ramai. Bagi mereka yang mungkin memasang impian untuk ke Jepun, jangan ragu-ragu. Berikut adalah lapan sebab mengapa Jepun harus menjadi pilihan yang ditulis oleh Ichigo Services.

Keunikan rumah Ibadah Buddha dan Shinto

Jepun mempunyai pelbagai seni bina dan reka bentuk rumah ibadah sangat unik yang dikenali sebagai Buddha Temples dan Shinto Shrines. Ia turut dilengkapi dengan ruang taman yang cantik dan dijaga rapi. Di daerah Kyoto, dianggarkan lebih daripada 2000 buah rumah ibadah seperti ini. Ia menjadi salah satu bandar yang terpelihara di dalam kawasan Kansai. Manakala di daerah Nara pula mempunyai tidak kurang daripada 8 Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Tidak lengkap percutian jika tidak singgah di mana-mana rumah ibadah. Jika bernasib baik anda boleh menyaksikan majlis perkahwinan adat resam Shinto.

5

12

Kebersihan menjadi amalan harian

Ramai sedia maklum Jepun cukup terkenal sebagai sebuah bandar yang bersih. Jarang vandalisme berlaku. Malah sukar untuk melihat penduduk tempatan membuang sampah merata-rata meskipun tiada papan tanda amaran sekeliling mereka. Menjadi kebiasan masyarakat di sana menyimpan sampah sehingga tong sampah ditemui.

Sampah mesti disisihkan mengikut jenis dan dibuang ke dalam tong yang dikhaskan. Selain itu,untuk pengalaman yang unik, saksikanlah bagaimana proses pembersihan kereta api laju (shinkansen) dilakukan. Hanya tujuh minit dan dua orang pekerja sahaja diperlukan untuk membersih dan mengatursemula kerusi di dalam setiap gerabak. Kagum!

10

Keindahan permandangan semula jadi.

Jepun juga menjadi destinasi ideal kepada pencinta alam semula jadi. Antara tarikan pelancong adalah Gunung Fuji, taman buluh Arashiyama, dan taman rusa Nara. Selain itu, terdapat juga taman-taman bunga dan kawasan pergunungan yang cantik mengikut kesesuaian musim. Walaupun Jepun begitu pesat dengan kecanggihan teknologi dan bangunan pencakar langit, namun keindahan semula jadinya masih kekal dan dipelihara dengan baik.

2

Kecekapan pengangkutan awam.

Orang Jepun sangat mementingkan ketepatan masa. Dengan kepadatan penduduk di Tokyo misalnya, pengangkutan awam seperti tren, keretapi berkelajuan tinggi (Shinkansen), keretapi bawah tanah (subway) sangat membantu mereka. Jika berlaku kelewatan walau hanya lima minit, konduktor akan membuat pengumuman meminta maaf dan syarikat kereta api akan memberikan salinan “perakuan kelewatan” (Delay Certificate) kepada penumpang sebagai bukti kelewatan ke tempat kerja atau sekolah. Sekiranya anda menaiki kereta api pada waktu puncak, iaitu antara 8 hingga 9 pagi, anda boleh menyaksikan sendiri bagaimana penumpang ditolak oleh staf bertugas ke dalam kereta api untuk memastikan jadual perjalanan tidak terganggu. Fenomena ini berlaku setiap hari di stesen-stesen yang besar di Tokyo seperti Stesen Shinjuku dan Stesen Tokyo.

8

Obses terhadap perkara/barangan“Kawaii” (comel)

Kawaii bermaksud comel dan sering dikaitkan dengan watak-watak animasi seperti Doraemon, Pokemon dan Hello Kitty. Ini juga menjadi daya tarikan di negara Jepun.

Sebagai contoh, perkhidmatan bas sekolah kartun Pikachu. Kaum ibu juga akan berusaha menyediakan bekal makanan (bento) yang dihiasi dgn watak-watak kartun kegemaran untuk menarik minat anak-anak. Organisasi besar seperti badan kerajaan, syarikat persendirian mahupun universiti mempunyai maskot comel tersendiri. Terkini, Kumamon, iaitu beruang matahari yang menjadi maskot wilayah Kumamoto dan mula dikenali di serata dunia.

6

Keindahan musim Sakura

Musim bunga sakura di Jepun mekar bermula dari akhir bulan Mac sehingga minggu kedua bulan April di kawasan Osaka dan Tokyo, serta awal bulan Mei di Hokkaido. Semua orang mahu berada di luar untuk menyaksikan sendiri pemandangan yang amat indah. Dalam tempoh yang singkat ini, mereka akan mengambil peluang berkelah atau dalam istilah Jepun, hanami, di bawah pohonan sakura sambil makan bersama keluarga atau rakan-rakan.

3

 

Keenakan makanan Jepun

Apabila mengembara ke Jepun, sudah pasti ramai yang terbayangakan kelazatan sushi. Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan makanan lain untuk dicuba. Jepun memang terkenal dengan makanan yang unik, segar dan sedap. Antara yang yang menjadi pilihan ialah sashimi, donburi, ramen, udon, daging lembu Wagyu, danonigiri. Jangan risau kerana semua halal. Kepada penggemar kopi pula, jangan lupa nikmati kopi yang asli dan beraroma di kafe sekitar bandar.

makanan-jepun

7

Kesopanan orang Jepun

Orang Jepun terkenal dengan sopan-santunnya. Walaupun bahasa menjadi halangan untuk berkomunikasi, mereka tetap akan melakukan apa sahaja untuk membantu pelancong. Contoh yang mudah kita lihat adalah apabila membuat pembayaran di kaunter kedai serbaguna. Mereka tidak berhenti mengucapkan arigatou gozaimashita (terima kasih). Jika anda sesat dan perlukan bantuan, mereka akan tunjukkan arah yang paling mudah untuk ke tempat yang dituju. Sekiranya mereka mempunyai masalah berkomunikasi, mereka akan cuba melakar peta untuk anda. Mereka juga akan rasa teruja jika anda mencuba untuk bertutur dalam bahasa Jepun walaupun sepatah dua. Selain itu, mereka sangat patuh pada laluan pejalan kaki di jalan raya.

4

9

Maklumat lanjut percutian ke Jepun ikuti laman sosial Ichigo Services.

Related posts

Leave a Comment