You are here
Alif punya ciri lelaki idaman – ZIZI KIRANA Hiburan Tempatan 

Alif punya ciri lelaki idaman – ZIZI KIRANA

PENYANYI Zizi Kirana akui dia kini berkawan rapat dengan pelakon muda Alif Hadi. Meskipun tiada istilah cinta dalam hubungan mereka, namun kedua-duanya tidak menolak andai ditakdirkan sebagai pasangan suami isteri suatu hari nanti.

“Alif baik, tidak kedekut dan sangat bertanggungjawab. Dia bijak membahagikan waktu untuk kami berdua.

“Tidak dinafikan Alif punya ciri-ciri lelaki idaman saya. Namun apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan sahaja, tidak lebih dari itu.

“Jika ditakdirkan ada perasaan cinta dan bertemu jodoh, saya tidak menolak. Saya akan terima apa sahaja yang tertulis untuk diri saya,” ujar pemilik nama penuh Nur Fazilah Mohd Tahil ini.

Bercakap soal kerjaya, Zizi kini sibuk mempromosilkan single berjudul Rahsia Hati yang diberi nafas menerusi bersi remix bersama penyanyi Waris. Zizi juga akan bekerjasama dengan penyanyi hiphop Malique dan DJ Fuzz untuk single akan datang.

Sementara itu bagi Alif pula, dia selesa berkawan dengan Zizi kerana mereka ‘sekepala’. Seperti juga Zizi, Alif tidak mahu meletakkan sebarang status cinta kerana mereka sibuk dengan komitmen kerja. Alif bakal muncul dalam drama Cinta Hati Batu untuk slot Lestari TV3.

Alif tidak menolak jika Zizi adalah jodohnya. GAMBAR DARI INSTAGRAM ALIF HADI.

Baca lanjut pengakuan mereka berdua dalam malajah URTV edisi 909 keluaran Oktober 2017 yang menampilkan tiga bintang popular – Nur Risteena, Ruhainies dan Syafiq Farhain sebagai penghias muka hadapan.

Dapatkan URTV terbaharu di pasaran.

Related posts

Leave a Comment