You are here
ANGELINA JOLIE akui lalui waktu sukar selepas bercerai Antarabangsa Hiburan 

ANGELINA JOLIE akui lalui waktu sukar selepas bercerai

PELAKON Angelina Jolie memberitahu dia melalui waktu yang sukar selepas berpisah dengan bekas suaminya Brad Pitt tahun lalu.

“Saya tidak mahu bercakap banyak tentang perkara itu (perceraian), apa yang boleh dikatakan, saya melalui waktu yang sukar. Kami akan sentiasa menjadi sebuah keluarga. Kami akan menempuhi waktu itu dan menjadi keluarga yang lebih kuat.

“Fokus saya adalah demi anak-anak. Saya berusaha mencari jalan untuk pastikan perkara ini menjadikan kami lebi kuat dan rapat,” jelas Jolie kepada BBC World News seperti yang dipetik dari People.

Jolie dan Pitt berpisah selepas pelakon Maleficent ini memfailkan perceraikan pda Februari tahun lalu. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Shiloh,10 serta pasangan kembar Knox dan Viviene,8. Jolie juga mempunya tiga anak angkat lain iaitu Maddox,15, Pax,13 dan Zahara,11.

Minggu lalu Jolie bersama enam anaknya hadir ke Kemboja sempena pelancaran filem arahannya First They Killed My Father. Filem tersebut memaparkan kisah benar pembunuhan yang berlaku di negara tersebut sekitar 1970-an.

SUMBER: PEOPLE

Related posts

Leave a Comment