You are here
ANUGERAH HIJABI MESTIKA kembali mencari covergirl Buletin Hiburan 

ANUGERAH HIJABI MESTIKA kembali mencari covergirl

ANUGERAH Hijabi Mestika (AHM) memasuki musim ketiga sebagai acara tradisi bagi mencri penghias kulit majalah Hijab Fesyen (HF) terbitan Utusan Karya Sdn Bhd. Penganjuran kali ini mendapat kerjasama SC Global Resources Sdn Bhd yang juga pengeluar produk jenama Secret Correa.

Majlis menandatangi memorandum perjanjian usaha sama telah berlangsung di pejabat urusan SC Resources bertempat di Bandar Baru Bangi yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Nor Azila Azmi. Manakal Utusan Karya pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang, Encik Arffin Nordin.

Seperti penganjuran terdahulu, seramai 10 finalis dipilih untuk peringkat akhir yang bakal berlangsung dalam sebuah majlis gemilang. Pemilihan berdasarkan kriteria utama termasuk ketinggian minimum, perwatakan menarik, umur di bawah 30 tahun dan berpendidikan.

Kali ini AHM bakal menjelajah ke empat zon di Semenanjung Malaysia bermula November ini bagi mencari 20 peserta ke separuh akhir sebelum saringan memilih 10 finalis dilakukan. Penyanyi Ifa Raziah turut sama hadir sebagai pengacara pada setiap zon.

Borang penyertaan boleh didapati dalam edisi terbaharu majalah HF yang kini sudah berada di pasaran. Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut ikut Instagram (@hijabfesyen_magz) dan Facebook Hijab Fesyen atau hubungi pejabat Utusan Karya di talian 03-89262999.

Related posts

Leave a Comment