You are here
ASAM GARAM DUNIA SELEBRITI – SHUKRI YAHAYA Hiburan Tempatan 

ASAM GARAM DUNIA SELEBRITI – SHUKRI YAHAYA

KONTROVERSI yang konon mengatakan dirinya bermain cinta dengan wanita lain memberi kesan besar buat pelakon Shukri Yahaya.

Disebabkan perkara itu Shukri,28, akui dia merasa takut mendekati wanita lain termasuk pasangan di lokasi penggambarn.

“Saya jadi trauma sehingga nak pandang wanita lain juga rasa takut. Saya tidak mahu perbuatan saya sekarang ini disalah anggap,” jelas Shukri.

Terdahulu seorang wanita mendakwa dirinya diganggu Shukri menerusi aplikasi Wechat. Perkara tersebut menjadi tular namun Shukri mengambil langkah untuk berdiam diri.

“Saya malas mahu panjangkan cerita ini. Kalau boleh tidak mahu orang ramai rasa seronok baca kisah begini berbanding cerita kerjaya.

“Ini adalah asam garam dunia selebriti dan saya anggap sebagai salingan dalam kerjaya.

“Biarlah ia berlalu bagai angin. Saya tidak mahu jadi popular disebabkan perkara sebegini,” ujar Shukri.

Berikutan isu tersebut, Shukri telah membuat laporan polis dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak peguam jika ia berlanjutan.

Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016.

Kontroversi beri pengajaran besar buat Shukri. FOTO: IZWAN ZAINAL.

Shukri ditemui di lokasi penggambaran drama bahari berjudul Vila Ghazara. Drama arahan Feroz Kader ini mengisahkan kehidupan keluarga dalam banglo besar yang pastinya punya pelbagai konfik serta cabaran hidup.

“Antara sebab mengapa saya terima tawaran ini adalah kerana arahan Feroz Kader. Selain itu drama ini menampilkan lima orang hero dan saya mahu beri satu kelainan dalam watak.

“Watak Hariz adalah seorang anak yang memberontak dan dia kembali ke pangkuan keluarga setelah beberapa tahun meninggalkan keluarga.

“Saya cuba memberikan yang terbaik untuk watak kali ini. Saya berlakon bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk drama ini,” cerita Shukri.

Shukri memegang watak Hariz Gazaly yang merupakan anak kepada Doktor Ghazaly Baqri lakonan Mustapha Kamal. Antara pelakon yang turut terlibat ialah Azira Shafinaz, Haleeda, Elly Mazlien, Syed Aiman, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Hafeez Mikail dan Amirul Faqeem.

Antara barisan pelakon dan kru Vila Ghazara.

Related posts

Leave a Comment