You are here
Atasi Premenstrual Syndrome (PMS) Trend 

Atasi Premenstrual Syndrome (PMS)

MENURUT laman Women Living Naturally, sebanyak 20% dari 40% wanita sering mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) setiap bulan dan 2.5% dari 5% mengalami simptom Premenstrual Dysphoric Disorder(PMDD).

Kekejangan otot, kembung perut, migrain, sakit belakang, ketagihan makanan, ketegangan payudara, cepat marah, dan perasaan tidak menentu akan membataskan pergerakkan seharian anda.

Ini menunjukkan simptom tersebut akan menyerang wanita pada setiap bulan dan kadang-kadang membuat kehidupan mereka menjadi lebih teruk.

Jadi, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dari sekarang bagi meyelesaikan masalah yang dihadapi. Berikut adalah tips untuk memastikan hari-hari PMS anda tidak lagi seteruk dahulu:

Jogging

  1. Banyakkan pergerakkan.

Bersenam dan melakukan pergerakkan yang maksimum dapat melancarkan peredaran kitaran darah haid dan memberi tenaga yang lebih. Jika anda seorang tidak gemar melakukan aktiviti di luar, anda boleh mengikuti kelas-kelas senaman atau mendapatkan video senaman yang ringkas ketika di rumah.

FruitsVeggies

  1. Makan makanan yang berkhasiat.

Sayuran hijau dan buahan yang segar mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Secara tidak langsung, makanan ini dapat memenuhi keperluan tubuh badan seseorang ketika haid.

PMS

 

  1. Mengambil makanan tambahan.

Makanan tambahan seperti Pil Vitamin C dan Pil vitex agnus-castus mampu merawat sistem dalaman wanita dan membantu mengurangkan  tanda-tanda PMS seperti kembung, cepat marah, sakit kepala, dan masalah kulit.

spa

  1. Berehat dan memanjakan diri.

PMS akan membuatkan anda berasa letih dan lesu. Luangkan masa anda sebentar untuk berkunjung ke spa atau pusat-pusat rawatan diri. Rawatan mengurut dan aroma bunga yang segar akan membuatkan anda berasa tenang dan nyaman.

caffeine

  1. Elakkan dari mengambil kafien dan bahan perasa.

Anda dinasihatkan agar tidak minum minuman seperti kopi, teh dan Nescafe. Pengambilan alkohol, garam serta gula juga boleh memburukkan lagi PMS anda dan boleh berlaku senggugut yang teruk.

see-Doctor

  1. Berjumpa pakar.

Jika anda mengalami PMS yang sangat teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor yang lebih pakar. Hal ini dapat menyelamatkan diri anda dari mengambil ubatan yang berbahaya dan tidak berdaftar. Rawatan pakar boleh mengawal dan memantau kesihatan diri anda agar lebih terjamin.

Sumber: Guest Blog by Sara Avant Stover, Wanista.comWomenLivingnaturally.com

Gambar: Google

Related posts

Leave a Comment