You are here
Shidi kongsi kisah tidak makan nasi tiga hari Hiburan Tempatan 

Shidi kongsi kisah tidak makan nasi tiga hari

BERGELAR seorang selebriti bukanlah sesuatu yang seperti yang disangka ramai peminat. Di sebalik dunia yang penuh glamor, tidak ramai yang tahu betapa sukarnya mempertahankan nama dalam industri. Bagi Shidi yang merupakan vokalis kumpulan dan dan bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3, pengalaman susah dan senang selama lebih 25 bergelar anak seni menjadi dia terus kuat untuk memperjuangkan karya. Pemilik nama penuh Rashidi Rashid,45 ini berkongsi bagaimana dia dan ahli kumpulan Data yang lain mengharungi cabaran sepanjang bersama. Katanya kumpulan Data berbeza dengan kumpulan penyanyi lama lain kerana setelah 25 tahun…

Read More
Ji Hyo dan Jong Kook ikut jejak langkah Gary. Antarabangsa Hiburan 

Ji Hyo dan Jong Kook ikut jejak langkah Gary.

SETELAH dua bulan Kang Gary mengundur diri dalam program popular Running Man, kini tiba masa Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula mengumumkan untuk turut  keluar dari rancangan tersebut. Pada 13 Disember lalu, pihak produksi Runnig Man telah mengadakan perbincangan untuk menambah seorang lagi ahli baru iaitu Kang Ho Dong untuk menyertai dalam program itu pada tahun hadapan. Manakala, Ji Hyo dan Jong Kook bakal meninggalkan program tersebut. Menurut produksi Song Ji Hyo sendiri, MY Company, telah mengesahkan laporan dan mengumumkan, Ji Hyo akan meninggalkan program Running Man. “Perbincangan…

Read More
5 pengembara wanita popular di Instagram Trend 

5 pengembara wanita popular di Instagram

LAMAN sosial Instagram pastinya medium terbaik untuk berkongsi detik indah termasuk memori percutian. Lima wanita ini menjadi inspirasi buat ramai pengikut kerana sering memuat naik perjalanan mereka mengembara ke serata dunia. Kepada yang merancang untuk bercuti, mungkin gambar-gambar yang dimuatkan naik oleh lima orang ini dapat membantu membuat pilihan destinasi. Kat Carney Laman instagram milik Kat Carney dipenuhi dengan keindahan panorama alam semulajadi seperti melihat matahari terbenam di persisiran pantai dan berehat di buaian belatar belakangkan bukit bukau. Carney gemar melakukan aktiviti lasak seperti rock climbing, surfing dan snorkeling. Dia tidak pernah…

Read More
5 lokasi percutian luar negara dengan bajet RM2000 Trend 

5 lokasi percutian luar negara dengan bajet RM2000

Bila merancang untuk bercuti, bajet merupakan antara perkara penting yang menentukan lokasi yang bakal menjadi destinasi kita. Kejatuhan nilai ringgit pada awal tahun ini menyebabkan ramai yang sedikit keberatan untuk melancong ke luar negara kerana kekangan bajet disebabkan tukaran matawang yang tinggi. Jadi kami ingin kongsikan antara lokasi-lokasi luar negara yang anda mampu pergi untuk setiap trip yang tidak lebih daripada RM2000 termasuk tiket kapal terbang. Lombok, Indonesia Lombok merupakan kawasan yang semakin dikenali dengan keindahan pantai yang bersih dan cantik. Jika dibandingkan kos percutian di Bali, Lombok jauh lebih…

Read More
Shidi belum puas beraksi di pentas GV3 Hiburan Tempatan 

Shidi belum puas beraksi di pentas GV3

TERSINGKIR pada minggu kelima program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) dianggap masih terlalu awal buat Shidi yang juga merupakan vokalis kumpulan Data. Bukan bermaksud cuba menafikan keputusan juri, namun bagi pemilik nama Rashidi Rashid, 44 tahun ini, dia belum puas menunjukkan kemampuan sebenar di atas pentas untuk tatapan peminat baru dan lama. Redha dengan keputusan tersebut, Shidi bagaimanapun menganggap GV3 adalah platform terbaik untuk menaikkan lagi namanya dan juga memperkukuhkan perjalanan seni kumpulan Data, “Saya belum puas dan ingin membuat persembahan yang terbaik pada minggu-minggu akan datang. Malangnya, tiada rezeki saya lagi…

Read More
OH My English terbang ke Jogja Filem & Drama Hiburan 

OH My English terbang ke Jogja

SEKALI lagi Astro mempersembahkan sebuah mega telefilem istimewa Oh My English: Road to Jogja yang akan bersiaran dalam dua bahagian iaitu Oh My English: Road to Jogja Part 1 dan Part 2. Teraju istimewa siri kali ini menampilkan Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) serta beberapa selebriti terkenal yang akan memeriahkan perjalanan kedua-dua telefilem ini. Oh My English: Road to Jogja 1 memapar kisah  Zack, See Yew Soon dan Mazlee bertungkus-lumus untuk mendapatkan gelaran cef dan pengusaha kafe berjaya. Pelbagai usaha yang dijalankan untuk melariskan…

Read More
Kylie Jenner nafi jalani pembedahan plastik Antarabangsa Hiburan 

Kylie Jenner nafi jalani pembedahan plastik

MODEL dan selebriti, Kylie Jenner sekali lagi menafikan melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan rahang mukanya agar kelihatan kurus. Sebelum ini ada khabar angin mengatakan adik kepada Kim Kardashian ini telah menjalani pembedahan hidung dan bibir. Selain itu, Kylie juga dikatakan telah membuat suntikan botoks. Menurut Kylie, ibunya Kris Jenner tidak akan membenarkan dia dan adik-beradik lain menjalani pembedahan plastik pada usia semuda itu. “Anda benar-benar rasa ibu saya cukup waras untuk benarkan saya melakukan pembedahan plastik sebelum usia 18 tahun? “Lagipun saya tidak pernah merasakan rahang muka saya buruk malah…

Read More
Percutian bertemakan animasi untuk anak-anak Trend 

Percutian bertemakan animasi untuk anak-anak

PEJAM celik pejam celik, kita hampir tiba ke penghujung tahun 2016. Musim cuti persekolahan dah nak dekat. Pasti ramai ibu bapa yang sudah merancang percutian bersama keluarga. Jadi dah ada plan nak bawa anak-anak bercuti ke mana? Ini kami kongsikan beberapa tempat penginapan percutian yang mewah, menarik dan comel. Keio Plaza Hotel Shinjuku and Keio Plaza Hotel Tama (Jepun) Bagi anak-anak yang meminati anak patung Hello Kitty akan teruja apabila melangkah masuk ke dalam bilik hotel yang terletak di Tokyo ini. Anda akan dapati ikon kucing comel ini dihiasi pada…

Read More
Gaya selebriti di karpet merah American Music Awards 2016 (AMA 2016) Trend 

Gaya selebriti di karpet merah American Music Awards 2016 (AMA 2016)

MAJLIS American Music Awards 2016 (AMA 2016) yang telah berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat menyaksikan pengiktirafan kepada barisan artis serta lagu dan album terbaik muzik Amerika Syarikat. Saksikan gaya fesyen dari beberapa bintang besar di Hollywood muncul untuk meraikannya di karpet merah yang telah menarik perhatian umum. Salena Gomez Gigi Hadid Lady Gaga Taraji P.Henson Hailee Steinfeld Niall Horan Ariana Grande Jay Pharaoh Ciara  

Read More
Gaya artis di Anugerah Skrin 2016 Trend 

Gaya artis di Anugerah Skrin 2016

ACARA gilang-gemilang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). ASK2016 membawa tema Menggapai Bintang. Pastinya kehadiran selebriti popular tanah air di acara karpet merah mencuri tumpuan ramai. Siapa yang paling menawan? Neelofa Johan As’ari Siti Elizad Raja Afiq Faezah Elai Zizan Razak Siti Saleha   Maya Karin Khir Rahman Shera Aiyob

Read More