You are here
Model lelaki tua hot & popular Trend 

Model lelaki tua hot & popular

KEMUNCULAN model berumur 80 tahun bernama Deshun Wang di pentas peragaan ketika China Fashion Week membukti dunia model tidak hanya untuk orang muda. Aksi cat-walk Wang mencuri tumpuan ramai peminat fesyen dunia dan menjadi viral di laman sosial sehinggakan netizen menggelarkannya sebagai The Hottest Granpa. Wang pernah mengikuti kelas teater kira-kira 20 tahun lalu kerana minat yang mendalam terhadap seni persembahan. Ketika usia 57 tahun, Wang pernah terlibat dengan pementasan bertajuk Living Sculpture Performance. Selain Deshun Wang ada beberapa model lain yang memiliki bentuk tubuh badan yang sihat dan tegap…

Read More
Percutian blogger ditiru pasangan lain Trend 

Percutian blogger ditiru pasangan lain

SEORANG penulis blog berasal dari Canberra, Australia yang memuat naik gambarnya di Instagram ketika bercuti terkejut apabila aksinya ditiru oleh sepasangan kekasih lain. Penulis itu, Lauren Bullen, 23, bersama kekasihnya, Jack Morris pernah menjelajah beberapa negara termasuk Afrika, Morocco, Itali dan Greece gemar merakam dan memuat naik gambar percutian mereka ke akaun Instagram yang diikuti kira-kira dua juta peminat. Namun, Bullen terkejut selepas menyedari ada wanita lain yang menggunakan nama @diana_alexa di laman sama meniru setiap aksinya selain bercuti di negara-negara yang pernah dikunjunginya sebelum ini. Hampir 20 keping gambar…

Read More
Astro CERIA rai penonton dengan sajian menarik dari Jepun Buletin Hiburan 

Astro CERIA rai penonton dengan sajian menarik dari Jepun

SIARAN Astro Ceria bakal memeriahkan musim cuti kali ini dengan kandungan terbaru dari Jepun serta program tempatan kegemaran kanak-kanak sempena meraikan Sambutan Astro Ceria ke-10. Slot Sushi Ceria membawa siri animasi Jepun yang tidak pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan seperti Doraemon, Ultraman Ginga S2, Ultraman X, Gundam Build Fighters dan banyak lagi. Sementara itu slot Kimchi Ceria pula memaparkan program popular Korea seperti Tobot, Robocar Poli, Super Wings dan Boing the Play Ranger. Manakala, slot Panggung Ceria bakal memuatkan kompilasi siri-siri dan telefilem tempatan seperti Cicakman dan Super Game…

Read More
Berakhir hubungan cinta Bella Hadid dan The Weeknd Antarabangsa Hiburan 

Berakhir hubungan cinta Bella Hadid dan The Weeknd

HUBUNGAN cinta antara model, Bella Hadid dan penyanyi dari Kanada, The Weeknd kini benar-benar sudah berakhir. Keretakan hubungan pasangan ini dikatakan berpunca dari jadual kerja yang padat sehingga mereka kurang meluangkan masa bersama. The Weekend atau nama sebenarnya Abel Tesfaye kini sibuk menyiapkan album terbaru. Manakala Hadid pula sedang melakukan persiapan untuk pertunjukan fesyen Victoria’s Secret (VS) yang dijangkan berlangsung Disember nanti. Pasangan ini sudah bercinta sejak dua tahu lalu dan mula mengaku kepada peminat secara terbuka apabila hadir bersama di acara Grammy Awards 2016. The Weekend khabarnya bakal membuat persembahan di…

Read More
Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat Galeri 

Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat

SEMPENA pelancaran album Anatomi FT, penyanyi Faizal Tahir telah melakukan siri Jelajah Anatomi Faizal Tahir untuk bertemu peminat. Jelajah bermula di Johor Bahru, Johor kemudian ke Sungai Petani, Kedah dan berakhir di Putrajaya dalam tempoh masa tiga hari berturut-turut. Secara keseluruhan, Faizal berjaya menarik lebih 6000 pengunjung untuk ketiga-tiga siri jelajah. Semua yang hadir nyata terhibur dengan persembahan bertenaga Faizal.   Antara lagu yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir pada malam terakhir siri jelajah Anatomi Faizal Tahir adalah Assalamualaikum, Bukan Yang Pertama, Menang, Suriram dan Sejati. Anatomi merupakan album pertama Faizal…

Read More
ADELE alami kemurungan sebab anak Antarabangsa Hiburan 

ADELE alami kemurungan sebab anak

PENYANYI terkenal Britain, Adele, 28, mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pertama, Angelo, empat tahun lalu. Keterujaan menimang cahaya mata sulungnya telah banyak mengubah persepsinya ketika menulis lagu, terutamanya dalam mengurangkan penciptaan karya beremosi sedih. Namun disebalik keterujaan bergelar ibu, jiwa mudanya sedikit rapuh sepanjang menjalani tempoh selepas bersalin. Dalam temu bual dengan majalah Vanity Fair, Adele mengaku pernah menjalani terapi akibat tekanan yang sangat dasyat terhadap kesihatan mentalnya. Penyanyi lagu Hello dan Rolling In The Deep ini juga memberitahu dia akan lebih gembira jika tidak lagu melakukan konsert jelajah. …

Read More
Park Bo Gum takut guna pengangkutan awam? Antarabangsa Hiburan 

Park Bo Gum takut guna pengangkutan awam?

JEJAKA tampan Park Bo Gum mengeluar kenyataan dirinya tidak akan lagi menaiki pengangkutan awam sebagai kemudahan untuknya bergerak. Populariti yang semakin meningkat naik menerusi drama Love in the Moonlight yang baru sahaja tamat siarannya pada Oktober lalu membuatkan dia mula dikenali peminat drama tersebut. “Saya tidak menyedari lakonan saya membuatkan ramai peminat mengenali saya tetapi apabila bertemu dengan mereka di dalam pengangkutan awam itu membuatkan saya berasa dihargai. “Saya tidak menyangka ramai penumpang awam mula berinteraksi apabila berhadapan dengan saya. Saya juga membalasnya sebagai tanda berterima kasih tetapi saya akhirnya dikerumun…

Read More
Hafidz Roshdi tukar identiti pikat Azira Shafinaz Filem & Drama Hiburan 

Hafidz Roshdi tukar identiti pikat Azira Shafinaz

DEMI memikat hati seorang gadis, pelakon Hafidz Roshdi sanggup menyamar sebagai pelayan kafe sedangkan dia adalah seorang CEO syarikat besar. Itu adalah watak lakonan Hafidz sebagai Faiq Faiqal dalam drama terbaru berjudul Mr. Donat Karamel yang dibintangi oleh Azira Shafinaz sebagai teraju utama. Drama ini mengisahkan seorang novelis bernama Anggun Qhairah (lakonan Azira Shafinaz), yang gemar menghabiskan masa untuk mencari ilham di sebuah kafe sambil menikmati makanan kegemarannya, Donat Karamel. Suatu hari muncul seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi) yang telah menyebabkan cermin mata dan komputer ribanya jatuh dan…

Read More
Nasib mereka berubah kerana viral di laman sosial Trend 

Nasib mereka berubah kerana viral di laman sosial

KISAH penjual teh bernama Arshad Khan,18 dari Pakistan menjadi bualan netizen gara-gara mata birunya yang memikat. Wajah Arshad yang dirakamkan oleh jurugambar Jiah Ali menjadi viral di laman sosial sebelum dia mendapat kontrak sebagai model. Setelah bertahun menjual teh, kini Arshad bergelar model untuk syarikat pakaian online fitin.pk. Proses make-over terhadap Arshad Khan turut diperkatakan. Pastinya ramai yang sudah jatuh hati dengan pemuda ini. Lihat sahaja bagaimana perubahan imej yang dilakukan telah dilakukan dalam rancangan TV yang terkenal di Pakistan iaitu Good Morning Pakistan. Sumber: The Straits Times Siapa sangka…

Read More
Kareena Kapoor masih ligat bekerja ketika sarat mengandung Antarabangsa Hiburan 

Kareena Kapoor masih ligat bekerja ketika sarat mengandung

MESKIPUN kandungan sulungnya kini sudah mencecah usia lapan bulan, pelakon jelita Kareena Kapoor masih ligat bekerja dan tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berehat. Suaminya, Saif Ali Khan tidak menghalang kerjaya Kareena, malah sentiasa mengawasi keadaannya agar tidak berlaku hal yang buruk. Komitmen Kareena turut dipuji oleh adik suaminya, Soha Ali Khan. Menurut Soha, dia mengagumi semangat Kareena yang disifatkan sama seperti ibunya sendiri. “Keluarga kami tidak membantah keinginan Kareena asalkan dia mampu menjaga kesihatan dan kandungannya dengan baik dan sentiasa berada dalam keadaan sihat,” ujar Soha. Soha yang telah berkahwin dengan actor kacak,…

Read More