You are here
BABY SHIMA bawa rempah ke Indonesia Hiburan Tempatan 

BABY SHIMA bawa rempah ke Indonesia

PENYANYI Baby Shima akui masih kekok memulakan kerjaya di negara Indonesia. Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli,25, ini memberitahu cara kerja dan kehidupan harian di sana sangat berbeza berbanding Malaysia.

“Cara kerja mereka di sana sangat tidak sama dengan kita di sini. Jika ada persembahan saya hanya sempat berlatih beberapa jam sahaja dengan iringan kumpulan muzik.

“Selain itu persembahan di sana, banyak di luar kota Jakarta. Jadi saya perlu siapkan diri dan betul-betul sedia kerana perjalanan jauh dan kesesakan lalu lintas di sana sangat dahsyat.

“Soal makanan juga saya belum biasa. Kebanyakan menu mereka tidak kena dengan selera saya. Jadi apabila pula ke Malaysia saya akan membeli rempah di sini untuk dibawa ke sana.

“Banyak perkara yang berlaku di sana terlalu pantas. Saya masih belajar untuk membiasakan diri dengan cara hidup di sana.” cerita Shima.

Baby Shima bernaung di bawah syarikat pengurusan Nagaswara bermula Mei lalu dan dia juga menjadi salah seorang peserta program D’Academy Asia yang popular di sana.

Menerusi program tersebut juga, nama Baby Shima mendapat perhatian ramai selepas dikritik teruk oleh juri, Mas Idayu.

“Apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Video kritikan tersebut menjadi tular di media sosial. Dari situ peminat mula mengenali nama saya.

“Bagaimanapun saya tidak fikir nama saya sudah popular di Indonesia. Ramai lagi artis mereka di sana dan saya perlu bersaing untuk menempatkan diri di hati peminat.

Baby Shima yang pernah popular dengan lagu Tak Sabar, kini tampil dengan single dangdut berjudul Makan Hati untuk pasaran di Indosia. Juga bakal merakamkan lagu baharu di Malaysia bersama NAR Records.

Siapa sangka kehadiran Baby Shima di sana mendapat sambutan ramai sehingga di tercalon dalam kategori Penyanyi Dangdut Pendatang Baharu Terpopular untuk Anugerah Dangdut 2017. Dia juga turut menerima tawaran berlakon filem berjudul Doa Untuk Cinta dan akan memulakan penggambaran Januari 2018.

Related posts

Leave a Comment