You are here
BAIM WONG sedia bernikah Antarabangsa Hiburan 

BAIM WONG sedia bernikah

KISAH cinta antara pelakon Indonesia, Baim Wong,35 dan seorang wanita bernama Luthya Sury semakin menjadi perhatian ramai. Pasangan ini dikatakan baharu berkenalan dan Baim sendiri sudah memperkenalkan Luthya sebagai kekasihnya ketika hadir dalam satu acara hiburan di sana.

Menurut laman www.bintang.com, pasangan ini sudah bertemu dengan kedua-dua orang tua meraka dan mereka sering ditanya bila akan bernikah. Dalam masa sama, Baim juga memohon doa agar hubungan mereka segera ke jinjang pelamin.

Apabila menjadi sebutan ramai, Baim akui merasa sedikit dilema untuk terus bercakap lanjut dan terbuka soal cinta. Bagaimanapun sebagai seorang public figure, pelakon filem Jakarta Undercover ini sedar dirinya juga adalah hak milik umum.

“Sebenarnya saya tidak mahu dilihat sedang bercinta. Biarlah saya menjalani kehidupan sendiri dengan masalah saya.

“Tetapi kadang-kala ia tidak dapat terus dirahsiakan.Public figure juga milik semua orang,” ujar Baim seperti yang dipetik dari KapanLagi.com.

Ditanya tentang persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan, kata Baim dia sudah lama bersedia untuk menjadi suami orang.

“Saya tidak tahu mahu cakap sudah bersedia atau tidak kerana belum bertanyakan kepada pihak (keluarga) mereka. Kalau saya, sudah siap.

“Tiada apa yang hendak ditunggu lagi. Hanya mahu mantapkan hati sahaja. Kalau hati sudah mantap saya pasti (akan bernikah),” jelas Baim.

Baim bersama Luthya Sury.
Baim bersama Luthya Sury.

Related posts

Leave a Comment