You are here
Uqasha serius fikir soal jodoh Galeri 

Uqasha serius fikir soal jodoh

PELAKON Uqasha Senrose menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke-25 minggu. Majlis sambutan berlangsung meriah dengan dihadiri keluarga serta rakan artis. Sepanjang majlis berlangsung, senyuman tidak berhentir terukir di bibir pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini. Sempena meningkat usia ini, kata Uqasha dia sudah mula serius fikir soal jodoh? Siapa lelaki yang rapat dengan Uqasha sekarang? Adakah gandingannya dalam drama sebelum ini? Jom layan gambar sekitar majlis yang dirakamkan oleh jurugambar SHAHRIL AZMAN ZAIN.

Read More
Putri Dewi lancar laman web untuk pelanggan Galeri 

Putri Dewi lancar laman web untuk pelanggan

JENAMA Putri Dewi bukan lagi satu nama asing bagi peminat fesyen tudung. Mula beroperasi sejak tahun 2012, Putri Dewi semakin teguh dengan koleksi yang pelbagai setiap tahun. Tahun ini Putri Dewi tampil tudung instant shawl yang dihasilkan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan ketika digayakan. Himpunan Rapunzal, Yumma dan Soffiya Awning turut dihiasi dengan tampalan bunga agar kelihatan lebih menarik. Majlis pelacaran tiga koleksi ini berlangsung di butik Putri Dewi yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Dalam masa sama pelanggan juga kini boleh membuat pembelian secara atas talian di www.putridewi.com….

Read More
Memoir ABI cerita perjalanan dunia wartawan Galeri 

Memoir ABI cerita perjalanan dunia wartawan

NAMA Allahyarham Ahmad Idris sememangnya cukup terkenal dalam bidang kewartawanan. Sinonim dengan panggilan ABI, Allahyarham pernah menjadi Pengarang di akhbar Mingguan Malaysia. Ketika hayatmya, beliau pernah berhasrat menerbitkan sebuah buku tentang perjalanan serta pengalaman sebagai seorang wartawan. Mengambil inisiatif itu, Utusan Karya Sdn Bhd menerbitkan buku berjudul Memoir Wartawan Ahmad Bin Idris (ABI): Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu. Buku tersebut merupakan hasil tulisan ABI sendiri namun tidak sempat diterbitkan. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Minum Petang Amal Kelab…

Read More
Penggiat Seni meriahkan Doa Untukmu Rohingya Galeri 

Penggiat Seni meriahkan Doa Untukmu Rohingya

AWAL tahun 2017, Laman Santai, Istana Budaya bergema dengan laungan puisi oleh barisan artis dan penggiat seni tanah air sempena program Doa Untukmu Rohinga anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM). Kira-kira 10 00 penonton hadir pada acara yang berlangsung selama 10 jam itu bermula dari 2.00 petang hingga lewat malam. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan dan menyuntik rasa prihatin terhadap nasib bangsa Rohingya yang dinafikan hak mereka di bumi Myanmar. Antara artis popular yang hadir membacakan puisi ialah Amy Search, Erra Fazira, Rozita Che Wan, Zarul Umbrella, Sahara…

Read More
Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat Galeri 

Jelajah Anatomi Faizal Tahir raih lebih 6 ribu peminat

SEMPENA pelancaran album Anatomi FT, penyanyi Faizal Tahir telah melakukan siri Jelajah Anatomi Faizal Tahir untuk bertemu peminat. Jelajah bermula di Johor Bahru, Johor kemudian ke Sungai Petani, Kedah dan berakhir di Putrajaya dalam tempoh masa tiga hari berturut-turut. Secara keseluruhan, Faizal berjaya menarik lebih 6000 pengunjung untuk ketiga-tiga siri jelajah. Semua yang hadir nyata terhibur dengan persembahan bertenaga Faizal.   Antara lagu yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir pada malam terakhir siri jelajah Anatomi Faizal Tahir adalah Assalamualaikum, Bukan Yang Pertama, Menang, Suriram dan Sejati. Anatomi merupakan album pertama Faizal…

Read More
Kim Rae Won disambut meriah peminat Malaysia Galeri 

Kim Rae Won disambut meriah peminat Malaysia

KEHADIRAN pelakon popular Kim Rae Won di Malaysia baru-baru ini disambut meriah oleh ramai peminat. Pastinya semua teruja melihat Rae Won dihadapan mata sendiri. Pelakon filem Doctors ini meluangkan masa bertemu peminat di Pavillion, Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu. Suasana gamat apabila Rae Won mula tampil di atas pentas. Dalam sesi sama, Rae Won turut berkongsi perkembangan terbaru. Kehadiran Rae Won dibawakan oleh saluran ONEHD. FOTO: ZULFAIZ ZAKARIA & IZWAN ZAINAL

Read More
Misi kemanusian FAIZAL TAHIR di Aceh Galeri 

Misi kemanusian FAIZAL TAHIR di Aceh

PADA 15 September lalu penyanyi popular Faizal Tahir telah menyertai Kembara Kemanusian Bumi Tsunami di Aceh, Indonesia. Program tersebut merupakan anjuran Usrah Billionaire dengan kerjasama iamFaithmen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh. Faizal memulakan misi kembara dengan pertemuan bersama pelajar di bawah PKPMI dalam sesi Sharing Moment Bersama Faizal Tahir. Ketika majlis ini Faizal berkongsi pengalaman sepanjang melakukan misi kemanusiaan. Perkongsian ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memupuk nilai kemanusiaan dan sikap saling membantu. Kemudian Faizal meluangkan masa ke Rumah Anak Yatim Serambi Melaka…

Read More
Artis popular basuh kereta kumpul dana Galeri 

Artis popular basuh kereta kumpul dana

SEBANYAK RM 2050 berjaya dikumpulkan dalam acara KL Tower Charity Carwash 2016 anjuran Menara KL dengan kerjasama majalah URTV (terbitan Utusan Karya Sdn Bhd). Program yang berlangsung sehari pada 27 Ogos lalu mendapat sambutan hangat pengungjung yang hadir. Barisan selebriti popular seperti Ruhainies, Khai Bahar, Hanez Suraya, Anis Al Idrus, Talha Harith, Ifa Raziah, Azrel Ismail dan Aidil Aziz turut memeriahkan majlis. Pengunjung bukan sekadar membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat cucian kereta, malah mereka berpeluang meletakan bidaan tertinggi bagi memilih artis mana yang akan membasuh melakukan tugas membasuh kereta. Semua…

Read More