You are here
Artis popular basuh kereta kumpul dana Galeri 

Artis popular basuh kereta kumpul dana

SEBANYAK RM 2050 berjaya dikumpulkan dalam acara KL Tower Charity Carwash 2016 anjuran Menara KL dengan kerjasama majalah URTV (terbitan Utusan Karya Sdn Bhd). Program yang berlangsung sehari pada 27 Ogos lalu mendapat sambutan hangat pengungjung yang hadir. Barisan selebriti popular seperti Ruhainies, Khai Bahar, Hanez Suraya, Anis Al Idrus, Talha Harith, Ifa Raziah, Azrel Ismail dan Aidil Aziz turut memeriahkan majlis. Pengunjung bukan sekadar membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat cucian kereta, malah mereka berpeluang meletakan bidaan tertinggi bagi memilih artis mana yang akan membasuh melakukan tugas membasuh kereta. Semua…

Read More
KRU masih berbisa Galeri 

KRU masih berbisa

SELEPAS 25 tahun bergelar anak seni, kumpulan KRU yang dianggotai oleh trio adik-beradik Norman, Yusry dan Edry masih terus berbisa menghiburkan peminat. Ini terbukti ketika mereka mengadakan konsert KRU 25 bertempat di Concert Hall, Esplanade, Singapura pada 6 Ogos lalu. Konsert yang dianggap sebagai pemanas badan sebelum melakukan jelajah seluruh Malaysia ini berjaya menghiburkan lebih dari 1200 orang penonton pada malam tersebut. Pemilihan lokasi di Singapura juga bersempena Pesta Raya Festival yang menjadi acara tahunan penghujung Aidilfitri di sana. Ini merupakan kali pertama mereka mengadakan konsert besar begini selepas konsert terakhir…

Read More
CSR Uprising Entertainment untuk pelajar tahfiz & anak yatim Galeri 

CSR Uprising Entertainment untuk pelajar tahfiz & anak yatim

SERAMAI 30 orang pelajar Maahad Tahfiz Nurul Huda, Hulu Langat dan 25 orang penghuni pusat jagaan di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim, Fakir Miskin dan Mualaf Baitul Sakinah As-Shariff Selangor dan Kuala Lumpur diraikan sempena menyambut Ramadan anjuran syarikat pengurusan artis, Uprising Entertainment Sdn. Bhd. bersama iLapar Cafe pada 18 Jun bersamaan 13 Ramadan 1437. Majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini merupakan tahun kedua dianjurkan oleh Uprising Entertainment bertujuan mendekatkan diri dengan variasi lapisan masyarakat dan merapatkan lagi ukhwah antara tenaga kerja dan barisan artis bersama tetamu istimewa yang…

Read More
KONSERT KURNIA SLAM – Antara kerinduan dan penghargaan Galeri 

KONSERT KURNIA SLAM – Antara kerinduan dan penghargaan

MENDENDANGKAN 20 buah lagu popular dengan lontaran suara Zamani yang kekal bertenaga, Konsert Kurnia Slam yang berlangsung di StarXpo Centre Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur, 14 Mei lalu pastinya memberi kepuasan dan kenangan indah buat hampir 6000 orang penonton yang hadir. Konsert berdurasi dua jam itu turut menyaksikan para penonton yang terdiri daripada peminat generasi muda tidak ketinggalan menyanyi bersama setiap lagu yang dipersembahkan oleh Slam. Ini membuktikan kumpulan yang dianggotai oleh Zamani (vokal), Shah (gitar utama), Man (dram), Ajak (gitar kedua), Eddie (keyboard) dan Lily (bass) masih releven…

Read More
KONSERT ELLA 2016 – Otai Rock Bergabung Galeri 

KONSERT ELLA 2016 – Otai Rock Bergabung

PADA usia 50 tahun, ratu rock negara, Ella, membuktikan dia masih berbisa dan bertenaga menerusi Konsert Ella 2016 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor 16 April lalu. Dalam konsert berdurasi tiga jam itu, Ella tidak bersendirian apabila turut dihangatkan dengan petikan gitar daripada Man Kidal selaku pengarah muzik, Fly (bes), Ridz (gitar), Roza Rio (keyboard) dan Ujang (dram) serta barisan gitaris terkenal iaitu Lord The Boys, Joey Wings, Edrie Hashim, Hillary Ang dan Kyoji Yamamoto dari Jepun. Lebih istimewa, Ella menampilkan suami tercinta, Azhar Husaini Ghazali yang bermain…

Read More
Kisah klasik indah buat sahabat sejati SHEILA ON 7 Galeri 

Kisah klasik indah buat sahabat sejati SHEILA ON 7

FOTO: ROHAIDA ZULKIFLI TEMPOH hampir dua jam membuat persembahan di atas pentas meninggalkan memori yang sangat bermakna buat peminat band Sheila On 7 apabila mereka hadir mengadakan konsert di StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City Mall, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu. Belum pun sang vokalis, Duta mengeluarkan suara peminat sudah bersorak melihat kemunculan mereka di atas pentas. Ini membuktikan peminat-peminat band asal Yogjakarta, Indonesia ini masih utuh menyokong selepas 20 tahun penubuhan. Pastinya peminat menanti untuk menyanyi bersama lagu-lagu popular mereka seperti Pria Terhebat, Seberapa Pantas, Melompat Lebih Tinggi, Sahabat…

Read More
Gimik ELLA catat rekod Malaysia Galeri 

Gimik ELLA catat rekod Malaysia

RATU Rock Negara, Ella,50 mencipta sejarah sendiri apabila berjaya melakukan gimmick flashmob bersempena Konsert Ella 2016 yang bakal berlangsung pada 16 April ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Gimik ini merupakan persembahan khas 110 orang pemuzik serta penyanyi  dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menyanyikan lagu Pertama Pemotong Permata bersama Ella. Acara ini juga adalah pertama kali diadakan di Malaysia dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records. Pastinya gimik ini menjadi tanda hangatnya konsert Ella selepas 15 tahun tanpa konsert berskala besar. Tiket untuk konsert masih dijual…

Read More
Gaya glamor karpet merah BAFTA 2016 Galeri 

Gaya glamor karpet merah BAFTA 2016

ANUGERAH British Academy Film (BAFTA) yang ke-69 berlangsung 14 Februari lalu di Royal Opera House, London. Filem The Revenant dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan aktor sensasi, Leonardo DiCaprio meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem tersebut dan Brie Larson dari filem Room sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Selain trofi yang digenggam oleh pemenang, fesyen selebriti terkenal pada acara karpet merah turut mendapat perhatian. Busana rekaan pereka terkenal pastinya menjadi pilihan bintang ternama ini. Siapa yang paling menyerlah? Jom kita lihat gaya selebriti popular di karpet merah BAFTA 2016. Sumber: www.elleuk.com    

Read More
Vokal mantap 5 DIVO Galeri 

Vokal mantap 5 DIVO

KONSERT 5 Divo yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu (13 Februari) lalu berjaya memukau lebih kurang 5000 penonton. Gabungan lima penyanyi lelaki – Hafiz Suip, Hazama, Judika, Afgan dan Taufik Batisah meninggalkan memori yang sungguh bermakna buat semua peminat. Melihat senarai penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu, pastinya kekuatan vokal menjadi tumpuan penonton. Kesemua penyanyi menghiburkan penonton dengan lagu popular mereka serta persembahan istimewa lagu Lelaki Ini dan Dealova yang disampaikan bersama. Konsert pada malam tersebut diterajui oleh Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik. Nyata semua…

Read More
PROMOSI HEBAT  9 MONTHS MATERNITY Galeri 

PROMOSI HEBAT 9 MONTHS MATERNITY

PERUT makin ke depan dan membesar ketika hamil bukan alasan untuk kurang bergaya! Anda boleh  melaram pakaian cantik dan menarik dari butik   9 Months Maternity. Terdapat  koleksi baju, seluar dan gaun  yang selesai dipakai. Antara selebriti popular yang bergaya dengan fesyen dari sini semasa hamil ialah Fouziah Ghous. Setiap koleksi pakaiannya, bukan sahaja menggunakan material yang bagus, malah juga selesa untuk digayakan dimana-mana. Istimewa untuk pembaca Insta Online sempena promosi awal tahun ini,  anda boleh memilih fesyen yang disenaraikan untuk pembelian tiga helai  cuma  RM 120! Harga  penghantaran pos …

Read More