You are here
NURUL ZAHID tidak sorok status isteri kedua Hiburan Tempatan 

NURUL ZAHID tidak sorok status isteri kedua

PERSONALITI TV Al-Hijrah, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid selamat bernikah dengan usahawan bernama Datuk Saiful Nizam di kota Mekah. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Nurul sendiri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ini merupakan pernikahan kedua buat Nurul. Bekas suami beliau Allahyarham Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia pada 1 Jun 2016. “Selepas kematian suami (Syed Alman), memang saya mengambil masa untuk bertenang, namun sentiasa terbuka hati untuk berkahwin dan menganggap perkahwinan itu satu ibadah. “Saya sudah berkahwin sejak usia 23 tahun….

Read More
CHEF FIKREE cuba nasib berlakon Hiburan Tempatan 

CHEF FIKREE cuba nasib berlakon

NAMA Chef Fikree semakin menjadi sebutan ramai apabila dia mula mengendalikan program masakan Dapur Panas di TV3. Tidak hanya menerima tawaran dalam program masakan, pemilik nama Mohd Fikree Najib Aznan ini juga diberi peluang untuk berlakon. Fikree muncul dalam rancangan Tukar-Tukar Menu yang menggandingkan dia bersama pelakon Izreen Azminda. Walau masih baharu dalam dunia lakonan, Fikree tidak menolak untuk terus aktif sebagai pelakon. “Banyak tawaran berlakon diterima sebelum ini, namun saya tolak kerana belum bersedia. Untuk drama Tukar-Tukar Menu saya merasakan watak tersebut tidak jauh beza dengan diri saya yang…

Read More
Perginya insan bernama KAK BAM Buletin Hiburan 

Perginya insan bernama KAK BAM

KELUARGA besar wartawan dan penulis hiburan Malaysia hari ini kehilangan seorang tokoh yang cukup di sayangi, Allahyarham Bahyah Mahmood yang telah disahkan meninggal dunia pada pukul 5:20 pagi tadi di Institut Kanser Negara, Putrajaya akibar kanser. Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) meletakkan Allahyarham Bahyah Mahmood atau Kak Bam, 75,  bukan hanya sebagai seorang wartawan hiburan penuh wibawa, tetapi dalam banyak keadaan menjadi  rakan baik kepada sesiapa sahaja disekeliling beliau. “KAK Bam menjadi tempat berkongsi segala masalah, suka dan duka bukan sahaja dalam kehidupan anak seni tempatan, tetapi juga…

Read More
WANY HASRITA akui suka Tajul Arif Hiburan Tempatan 

WANY HASRITA akui suka Tajul Arif

MUNCUL dengan lagu duet berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu membuatkan ramai peminat menganggap Wany Hasrita dan Tajul Arif sedang bercinta. Apa lagi kedua-dua penyanyi baharu ini dilihat seperti pasangan Siti Nordiana dan awah Achik yang pernah popular suatu ketika dahulu. Apabila diusik soal cinta, Wany tidak menafikan ada perasaan suka terhadap Tajul. Namun ia hanyalah sekadar teman sahaja. Malah Wany akui selesa bekerja dengan Tajul kerana mereka di bawah syarikat pengurusan yang sama (FMC Music). “Sejujurnya, betul saya sukakan Tajul. Tetapi suka itu bukan sebagai kekasih. Saya anggap…

Read More
Aeril Zafrel kena sihir? Hiburan Tempatan 

Aeril Zafrel kena sihir?

PELAKON Aeril Zafrel melalui akaun Instagram miliknya hari ini berkongsi gambar sebuah objek pelik yang dijumpai di gerai jualannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Objek tersebut dipercayai bahan sihir yang ‘dihantar’ seseorang dengan niat tidak baik. Menurut Airel lagi, perkara yang sama turut berlaku ketika dia membuat jualan di Johor Bahru, Johor sebelum ini. “Apa niat sebenarnya? Bulan Ramadan pun nak buat macam ini. “Zaman sekarang ada lagi yang percaya benda begini. Dah bawa ke pakar bidang ini dan ternyata ini sihir,” tulis Aeril. Aeril dan isteriny Wawa…

Read More
SHAHIR tidak mahu popular kerana kisah cinta Hiburan Tempatan 

SHAHIR tidak mahu popular kerana kisah cinta

PENYANYI Shahir Zawawi, 28 akui dia sudah menjangkakan soalan tentang hubungan dia bersama pelakon Erra Fazira akan menjadi tumpuan apabila dia kembali muncul dalam acara yang dihadiri media. Bagaimanapun juara program Akademi Fantasia muzik ke-8 ini tidak mahu isu tersebut dianggap sebagai jalan mudah untuk meriah populariti. “Cerita tersebut telah bertahun diperkatakan. Ada juga media yang memanggil saya untuk sesi fotografi, namun saya belum bersedia sebelum ini. “Saya tahu isu ini akan menjadi soalan utama ditanya dan saya sudah bersedia. Saya tidak mahu hanya satu pihak sahaja yang berhadapan dengan…

Read More
Yasin dakwa ada penyangak songlap duit royalti Hiburan Tempatan 

Yasin dakwa ada penyangak songlap duit royalti

PENYANYI dan juga komposer Yasin Sulaiman melalui laman Instagram miliknya semalam memberitahu bakal mengadakan satu perjumpaan dengan pihak tertentu bagi membincangkan masalah berkaitan penulisan lagu. Menerusi status tersebut, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyeleweng wang royalti yang sepatutnya diagihkan secara betul kepada semua penulis lagu berdaftar di Malaysia. Yasin turut mempertimbangkan untuk membawa hal ini kepada siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Kami sedang dirompak. Malam ini saya ada satu perjumpaan penting untuk penulis lagu tempatan. “Royalti kami telah dinafikan. Khabarnya ada penyangak dalam usaha menyeleweng jutaan ringgit kutipanduit…

Read More
Kekasih Ben Ali cemburu dengan Mira Filzah? Hiburan Tempatan 

Kekasih Ben Ali cemburu dengan Mira Filzah?

NAMA pelakon Ben Ali,27 sebelum ini pernah dikaitkan punya hubungan rapat dengan Mira Filzah. Namun pasti ada yang tidak tahu sebenarnya Ben sendiri sudah punya kekasih hati ketika namanya digosipkan dengan Mira. Awalnya Ben tidak pernah mendedahkan siapa kekasih hatinya. Disebabkan semakin ramai yang bercakap tentang dia dengan Mira, maka Ben sendiri mengambil keputusan untuk mendedahkan dia sedang dilamun cinta dengan wanita bernama Nadia Shahab yang juga merupakan pelakon baharu. “Memang dari awal perkenalan dengan Nadia saya tidak pernah dedahkan kami sedang bercinta. Disebabkan ramai yang cakap saya kekasih Mira…

Read More
Kerjaya seni bukan lagi fokus RAHMAD MEGA Hiburan Tempatan 

Kerjaya seni bukan lagi fokus RAHMAD MEGA

SELEPAS merakamkan lagu berjudul Sajadah Kaabah di Indonesia, penyanyi Rahmad Mega,48 tidak menolak terus kembangkan kerjaya seni di negara jiran itu. “Sudah ada tawaran untuk merakamkan lagu seterusnya di sana. Selepas lagu dengan konsep ketuhanan, mungkin selepas ini saya akan bawakan tema kemanusian. Selain itu ada tawaran berduet merakamkan semual lagu-lagu arwah Deddy Dores. “Saya sendiri tidak sangka ada tawaran sebegitu. Buat masa sekarang saya fokus dahulu untuk mempromosikan single pertama di sana. Malah jadual sepanjang Ramadan sudah penuh dengan undangan nyanyian di sana. “Nampak gayanya saya perlu bersedia untuk…

Read More
ZUR EDA BELA ANAK IKAN? Hiburan Tempatan 

ZUR EDA BELA ANAK IKAN?

TIDAK mahu kerjaya terbatas pada satu bidang sahaja, penyanyi Zur Eda,50 kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Biarpun sudah lebih 20 tahun berada dalam industri, Zur Eda tidak pernah anggap dirinya terlambat mencuba sesuatu yang baharu. “Dengan usia yang semakin meningkat, saya akan rebut apa sahaja peluang kerja. Apa yang penting adalah saya mendapat rezeki halal. “Ramai yang menawarkan saya berlakon sebelum ini. Namun baharu sekarang saya berani untuk mencuba,” kat Zur Eda. Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3 ini bakal muncul dalam drama berjudul Imamkan Aku di saluran TV3…

Read More