You are here
SHAH RUKH KHAN nampak muda bukan kerana botoks Antarabangsa Hiburan 

SHAH RUKH KHAN nampak muda bukan kerana botoks

BINTANG Bollywood Shahrukh Khan (SRK) masih terus menjadi kegilaan ramai peminat sekali pun kini semakin ramai artis baharu dalam industri filem. Bukan sahaja lakonannya yang menjadi kesukaan ramai, malah wajah muda pelakon usia 51 tahun ini sering diperkatakan peminat. Apa rahsia di sebalik penampilan bapa kepada tiga anak ini? Jika ada yang beranggapan SRK mendapatkan suntikan botoks atau melakukan pembedahan plastik, ada silap. “Saya seorang bintang filem berusia 51 tahun dan sehingga kini saya belum menggunakan suntikan botoks. Saya memang suka beraksi seperti lelaki usia 21 tahun dalam filem lakonan…

Read More
RIZKY FEBIAN belum mahu bercinta Antarabangsa Hiburan 

RIZKY FEBIAN belum mahu bercinta

PENYANYI muda Indonesia, Rizky Febian akui soal cinta belum lagi menjadi keutamaan dalam hidupnya. Jejaka usia 19 tahun ini mahu fokus dalam kerjaya untuk mencapai cita-citanya mengangkat muzik Indonesia. “Saya belum mahu bercinta. Mahu fokus pada bidang muzik,” komen Rizky soal cinta seperti yang dipetik dari laman Kapan Lagi. Anak kepada pelawak dan pengacara Sule ini baharu sahaja melancarkan single berjudul Cukup Tau. Rizky berharap karya ini akan tetap berjaya seperti mana lagu-lagu terdahulu iaituKesempurnaan Cinta dan Penantian Berharga. Bercakap tentang lagu ciptaannya sendiri, kata Rizky dia tidak mengambil jalan…

Read More
Pasca cerai BRAD PITT Antarabangsa Hiburan 

Pasca cerai BRAD PITT

SELEPAS lebih enam bulan bercerai, kisah rumah keluarga Brad Pitt,53 dan bekas isterinya, Angelina Jolie masih menjadi bualan ramai. Dua pelakon Hollywood yang dianggap sebagai pasangan ideal Hollywwod ini menggemparkan dunia hiburan apabila mereka umumkan perceraikan pada September 2016. Menerusi temu bual yang dipetik dari www.cq.com, Pitt akhirnya buka mulut soal kehidupan pasca perceraikan. Dia akui melalui tempoh yang sukar pada awalnya dan kini fokus utama adalah untuk kebaikan anak-anak mereka. Pitt dan Jolie mempunyai enam orang anak – Maddox yang berusia 15 tahun, Pax (13), Zahara (12), Shiloh (10)…

Read More
DIAN SASTROWARDOYO jawab isu tepis tangan peminat Antarabangsa Hiburan 

DIAN SASTROWARDOYO jawab isu tepis tangan peminat

NAMA pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi bualan ramai kebelakangan ini selepas isu dia menepis tangan peminat menjadi tular di laman sosial. Menjelaskan perkara tersebut, kata Dian itu adalah satu tindakan normal kerana terkejut apabila secara tiba-tiba ada seseorang yang memegang tangannya dari belakang. “Ketika itu kami sedang promosi filem di kota Surabaya. Keadaan sangat kelam-kabuy, tetapi masih ada peminat yang mahu mengambil gambar swafoto bersama. “Saya terkejut ketika itu kerana tiba-tiba tangan dia (peminat) menyentuh belakang saya. “Tiada maksud untuk bertindak kurang sopan dengan peminat. Saya sayang semua peminat saya…

Read More
CITA CITATA temui kekasih baharu selepas lima bulan putus cinta Antarabangsa Hiburan 

CITA CITATA temui kekasih baharu selepas lima bulan putus cinta

SELEPAS lima bulan putus cinta dengan bekas kekasih, penyanyi Cita Citata,22 akui kini sudah bertemu pengganti hati. Bagaimanapun Cita enggan mengulas lanjut tentang cinta baharunya itu. Pemilk nama Cita Rahayu ini baharu sahaja melancarkan sinle berjudul  NYCita dan tidak mahu kisah cintanya bersama lelaki tersebut dianggap sebagai gimik melariskan jualan lagu. “Dia sekadar teman dekat sahaja. Saya belum boleh cerita dan kenalkan lagi. Saya baharu sahaja melancarkan single, jadi bimbang jika nanti ada yang katakan kisah cinta itu sebagai gimik. “Setelah lagu ini diterima peminat nanti saya akan kenalkan (kekasih)…

Read More
BAIM WONG sedia bernikah Antarabangsa Hiburan 

BAIM WONG sedia bernikah

KISAH cinta antara pelakon Indonesia, Baim Wong,35 dan seorang wanita bernama Luthya Sury semakin menjadi perhatian ramai. Pasangan ini dikatakan baharu berkenalan dan Baim sendiri sudah memperkenalkan Luthya sebagai kekasihnya ketika hadir dalam satu acara hiburan di sana. Menurut laman www.bintang.com, pasangan ini sudah bertemu dengan kedua-dua orang tua meraka dan mereka sering ditanya bila akan bernikah. Dalam masa sama, Baim juga memohon doa agar hubungan mereka segera ke jinjang pelamin. Apabila menjadi sebutan ramai, Baim akui merasa sedikit dilema untuk terus bercakap lanjut dan terbuka soal cinta. Bagaimanapun sebagai…

Read More
AYU TING TING larang bekas suami jumpa anak Antarabangsa Hiburan 

AYU TING TING larang bekas suami jumpa anak

PENYANYI dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting punya alasan sendiri tidak membenarkan bekas suaminya, Henry Baskoro atau Enji bertemu anak mereka, Bilqis Khumairah Razak. Selepas tiga tahu bercerai, Ayu dihadapkan ke muka pengadilan kerana dianggap melanggar undang-undang melarang Enji bertemu dengan Bilqis. “Seorang ibu pasti dapat merasa apa yang saya rasakan. Orang lain mungkin berfikir saya berlebihan kerana tidak membenarkan anak bertemu bapanya. Saya lakukan kerana ada alasan sendiri. “Dahulu perpisahan saya dengan bekas suami berlaku secara tidak baik kerana dia yang tidak bertanggungjawab dan apa lagi yang harus dipertahankan? “Saya…

Read More
ACHA SEPTRIASA TINGGALKAN SUAMI, KEMBALI BERLAKON Antarabangsa Hiburan 

ACHA SEPTRIASA TINGGALKAN SUAMI, KEMBALI BERLAKON

SELEPAS berkahwin pada Disember lalu, pelakon cantik Indonesia, Acha Septriasa mula menjalani kehidupan sebagai isteri bersama suami, Vicky Kharisma di negara Australia kerana sang suami bekerja di sana. Ada yang beranggapan pelakon filem Heart ini bakal meninggalkan dunia seni. Namun dengan izin suami, Acha kembali berlakon dan bakal tampil dalam filem berjudul Cinta Dua Kodi. “Menurut dia (suami) saya perlu melanjutkan kerjaya. Dia percaya saya seorang yang komitmen untuk membezakan antara kerjaya dan rumah tangga. “Kita tidak boleh melupakan satu sama lain,” ujar Acha. Diberi perana membawakan watak tokoh wanita…

Read More
Bekas suami harap Gwen Stefani bahagia bersama kekasih Antarabangsa Hiburan 

Bekas suami harap Gwen Stefani bahagia bersama kekasih

BEKAS suami kepada penyanyi Gwen Stefani akui percerai telah mengajar dia tentang perspekstif kehidupan. Gavin Rossdale,51 yang juga merupakan vokalis kumpulan The Bush turut memberitahu dia tidak pasti akan kembali mendirikan rumah tangga. “Perceraian ini penuh dengan kesedihan. Ia mengajar tentang perspektif dalam kehidupan. “Ibu bapa sendiri pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Saya hanyalah junior mereka. Saya tidak pernah terfikir akan bercerai. Ini adalah kehidupan. “Saya tidak pasti sam ada akan berkahwin semula,” jelas Rossdale dalam satu temu bual. Rossdale dan Stefani berkahwin pada tahun 2002 dan pasangan ini mempunyai…

Read More
ANGELINA JOLIE akui lalui waktu sukar selepas bercerai Antarabangsa Hiburan 

ANGELINA JOLIE akui lalui waktu sukar selepas bercerai

PELAKON Angelina Jolie memberitahu dia melalui waktu yang sukar selepas berpisah dengan bekas suaminya Brad Pitt tahun lalu. “Saya tidak mahu bercakap banyak tentang perkara itu (perceraian), apa yang boleh dikatakan, saya melalui waktu yang sukar. Kami akan sentiasa menjadi sebuah keluarga. Kami akan menempuhi waktu itu dan menjadi keluarga yang lebih kuat. “Fokus saya adalah demi anak-anak. Saya berusaha mencari jalan untuk pastikan perkara ini menjadikan kami lebi kuat dan rapat,” jelas Jolie kepada BBC World News seperti yang dipetik dari People. Jolie dan Pitt berpisah selepas pelakon Maleficent…

Read More