You are here
Emosi anak KANANG dalam KALTIW Filem & Drama Hiburan 

Emosi anak KANANG dalam KALTIW

SEBAGAI tanda penghargaan dan memperingati perjuangan tokoh pahlawan negara, Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, sebuah filem berjudul Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior (KALTIW) ditayangkan bermula hari ini (16 Mac 2017). Filem ini berkisar tentang Kanang, seorang pahlawan dari etnik Iban di Sarawak yang menyertai Rejimen Sarawak sebagai Iban Tracker dan kemudian menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Ranjer ke-8 Angkatan Tentera Malaysia. Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia; dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan…

Read More
Malu dengan nama Bedah Filem & Drama Hiburan 

Malu dengan nama Bedah

DISEBABKAN namanya sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan, pelakon Aishah Azman sanggup menukar namanya. Itu adalah watak yang dimainkan Aishah dalam drama terbaru slot Kelakarama berjudul Namaku Bedah di TV9 yang mula bersiaran sejak 5 Februari. Bedah (lakonan Aishah Azman) seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Kecantikan Bedah membuatkan ramai jejaka tertarik namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenarnya. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Ketika menyambung pelajaran di kolej, Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi…

Read More
OH My English terbang ke Jogja Filem & Drama Hiburan 

OH My English terbang ke Jogja

SEKALI lagi Astro mempersembahkan sebuah mega telefilem istimewa Oh My English: Road to Jogja yang akan bersiaran dalam dua bahagian iaitu Oh My English: Road to Jogja Part 1 dan Part 2. Teraju istimewa siri kali ini menampilkan Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) serta beberapa selebriti terkenal yang akan memeriahkan perjalanan kedua-dua telefilem ini. Oh My English: Road to Jogja 1 memapar kisah  Zack, See Yew Soon dan Mazlee bertungkus-lumus untuk mendapatkan gelaran cef dan pengusaha kafe berjaya. Pelbagai usaha yang dijalankan untuk melariskan…

Read More
Hafidz Roshdi tukar identiti pikat Azira Shafinaz Filem & Drama Hiburan 

Hafidz Roshdi tukar identiti pikat Azira Shafinaz

DEMI memikat hati seorang gadis, pelakon Hafidz Roshdi sanggup menyamar sebagai pelayan kafe sedangkan dia adalah seorang CEO syarikat besar. Itu adalah watak lakonan Hafidz sebagai Faiq Faiqal dalam drama terbaru berjudul Mr. Donat Karamel yang dibintangi oleh Azira Shafinaz sebagai teraju utama. Drama ini mengisahkan seorang novelis bernama Anggun Qhairah (lakonan Azira Shafinaz), yang gemar menghabiskan masa untuk mencari ilham di sebuah kafe sambil menikmati makanan kegemarannya, Donat Karamel. Suatu hari muncul seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi) yang telah menyebabkan cermin mata dan komputer ribanya jatuh dan…

Read More
Keserasian Wak Doyok & Myo bawa mereka ke Jepun Filem & Drama Hiburan 

Keserasian Wak Doyok & Myo bawa mereka ke Jepun

GANDINGAN Wak Doyok dan Myo (Oh Chentaku) dalam program Ke Korea Ke Kita? dan Ke Indonesia Ke Kita? sebelum ini membuktikan keserasian mereka sebagai pengacara. Sekali lagi mereka diberi kepercayaan bersama mengendalikan rancangan Ke Jepun Ke Kita? Keakraban mereka berdua yang ditonjolkan secara spontan dalam episod kali ini dibina dari pengalaman ketika mengembara di Korea dan Indonesia yang lalu. Pengalaman melaksanakan tugasan lasak serta permainan mencabar minda turut mengeratkan hubungan dua sahabat ini. Ke Jepun Ke Kita? akan bersiaran dalam 13 episod bermula 4 Oktober lalu. Kali ini mereka melawat ke…

Read More
Emma Maembong tak suka Nazrief Nazri Filem & Drama Hiburan 

Emma Maembong tak suka Nazrief Nazri

BERTEMU dengan seorang lelaki punya sifat ego sama seperti dirinya pastinya menimbulkan rasa kurang senang. Itulah situasi yang dipikul oleh watak Mia lakonan Emma Maembong menerusi drama bersiri terbaru Nasi Minyak Kuah Cinta. Izka (Nazrief Nazri) memegang watak sebagai seorang wartawan di sebuah stesen televisyen telah menimbul kekecohan di pertemuan pertama kalinya dengan Mia di dalam bas kerana mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Pertengkaran itu membuatkan mereka dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Izka dimarahi oleh Mia kerana dia tidak sempat menghantar ibu bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah….

Read More
Detik cemas Mark Wahlberg di pelantar minyak Filem & Drama Hiburan 

Detik cemas Mark Wahlberg di pelantar minyak

Pelakon terkenal Mark Wahlberg diberi tanggungjawab memegang watak sebagai pekerja di pelantar minyak di Teluk Mexico dalam filem Deepwater Horizon arahan Peter berg. Filem ini sebagai tanda penghormatan kepada mangsa terkorban letupan di pelantar minyak pada 20 April 2010 anggaran jam 9.30 malam. Seramai 11 orang mangsa lelaki yang meninggal di tempat kejadian. Mark Wahlberg memegang watak sebagai Mike William, seorang pekerja pelantar yang terselamat dalam kejadian tersebut. Dia ditugaskan keluar bekerja selama 21 hari dan berlaku letusan minyak kira-kira 20 jam kemudian.     Dalam satu temubual antara pengarah bersama William, dia…

Read More
Izara Aishah pilih duda sebagai kekasih Filem & Drama Hiburan 

Izara Aishah pilih duda sebagai kekasih

PERCINTAAN dengan lelaki yang jauh lebih berusia dan memegang status duda sering mendapat tentangan keluarga. Itulah situasi yang dihadapi oleh watak Sarah lakonan Izara Aishah dalam drama terbaru berjudul Cinta Masam Manis. Drama ini memaparkan kisah Johan (Zamarul Hisham) yang memegang status duda dan tidak mempunyai niat untuk berkahwin lagi walaupun ibu bapanya sering mencari jodoh buatnya. Johan menjalankan perniagaannya sendiri dan berasa selesa dengan kehidupannya sekarang. Ditakdirkan Johan telah bertemu Sarah. Jauh disudut hati Johan mula dijentik rasa cinta dengan melihat perwatakan Sarah yang begitu jelita dan manja.   Namun,…

Read More
Ummi Nazeera kemalangan di Perth, Australia Filem & Drama Hiburan 

Ummi Nazeera kemalangan di Perth, Australia

FILEM TV (ftv) Bisik Pada Langit berkisar hal kekeluargaan, persahabatan, cinta dan ketentuan takdir yang tesurat. Tayangan eksklusif  bakal menemui para penonton bermula 15 September 2016 ini di Astro First Eksklusif, Saluran 480 diilhamkan oleh pengarah terkemuka, Kabir Bhatia. Terpancarnya kasih seorang ayah terhadap anak perempuan yang disayangi, Siti Hajar (lakonan Ummi Nazeera) tampil sebagai satunya anak perempuan dalam 3 beradik dan melakonkan watak yang berlainan iaitu mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Ditatang bagai minyak yang penuh, segala permintaan Siti Hajar akan dipenuhi oleh ayah yang penyanyang. Siti Hajar mempunyai impian…

Read More
IZZUE ISLAM JEJAK ENTITI Filem & Drama Hiburan 

IZZUE ISLAM JEJAK ENTITI

DENGAN tagline ‘Kau Belum Kenal Aku Siapa’, filem Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D)  memaparkan kisah remaja yang menjejak entiti paranormal. Filem yang bakal menemui penonton bermula 8 September ini mendapat sentuhan pengarah berbakat besar iaitu Faisal Ishak. AD7D mengisahkan tentang Aliff Lamin (lakonan Izzue Islam), seorang pelajar universiti yang memiliki kelebihan luar biasa. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Aliff Lamin kurang bergaul dengan teman-temannya di kampus kerana dia tidak mahu kelebihan yang ada padanya…

Read More