You are here
DIANA DANIELLE cerita pengalaman bersama kekasih Hiburan Muzik 

DIANA DANIELLE cerita pengalaman bersama kekasih

SEKALIPUN namanya cukup sinonim dengan dunia lakonan, Diana Danielle tidak pernah berhenti mengejar impian untuk terus melakar kejayaan sebagai penyanyi. Terbaharu, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu melancarkan single berjudul Tentang Kita. Lagu ini mendapat sentuah DJ Fuzz dan lirik oleh Alabbas serta Mariffah. Ia mengisahkan tentang cinta seorang gadis yang merindui kekasih hatinya. Liriknya lagu ini mudah difahami serta garapan muzik yang segar. Diana sendiri memilik genre raggae yang menepati cita rasanya untuk single kali ini dan pastinya ia memberi satu kelainan buat semua peminat. Video muzik lagu…

Read More
Kisah cinta rahsia DE’MEISES dan Shiha Zikir Hiburan Muzik 

Kisah cinta rahsia DE’MEISES dan Shiha Zikir

KUMPULAN asal Indonesia, De’Meises yang sebelum ini berjaya memikat hati peminat muzik Malaysia dengan lagu Dengarlah Bintang Hatiku dan Biar Sahaja, kini tampil dengan sebuah lagi single berjudul Jangan Bilang Siapa Siapa. Istimewa lagu tersebut, De’Meises turut berduet dengan penyanyi Malaysia,  Shiha Zikir yang kini semakin mencipta nama di Indonesia selepas meraih tempat ketiga dalam program D’Academy tahun 2015. Lagu Jangan Bilang Siapa Siapa ini mengisahkan tentang dua pasangan kekasih dimana mereka sudah tidak lagi mencintai antara satu sama lain tetapi tidak ingin melukai hati pasangan masing-masing. Justeru, mereka merahsiakan…

Read More
NIALL HORAN (One Direction) tampil solo Hiburan Muzik 

NIALL HORAN (One Direction) tampil solo

KUMPULAN remaja popular One Direction (1D) pernah membuat kenyataan sebelum ini mereka akan berehat seketika dari dunia seni bersama dan fokus pada aktiviti secara solo. Memulakan kerjaya seni sendiri, salah seorang anggotanya iaitu Niall Horan tampil dengan lagu solo berjudul This Town. Lagu tersebut diterbitkan oleh Greg Kurstin dan hasil ciptaan bersama Jamie Scott, Mike Needle serta Daniel Bryer. Dalam masa sama, Horan turut memberitahu dia sudah bernaung di bawah syarikat rakaman Capitol Records di Amerika Syarikat yang akan menguruskan kerjaya solonya. “Saya sangat teruja bernaung di bawah Capitol Records…

Read More
AMELINA MALU RAKAM VIDEO Hiburan Muzik 

AMELINA MALU RAKAM VIDEO

SINGLE kedua Ratu Dangdut Malaysia iaitu Amelina telah dilahirkan dalam bentuk karaoke hasil kerjasama dari Wake The Baby Records, Warner Music Malaysia dan Neway. Cinta Harus Seksi merupakan lagu dan lirik sepenuhnya oleh Ajai dan Roslan. “Hampir 15 tahun tidak berhadapan dengan kamera produksi dan terpaksa berganding dengan artis dari seberang membuatkan saya berasa malu untuk merakamkan klip video terbaru saya”, katanya. Sutradara Julian Kubik menghasilkan klip video berunsur ala-ala timur tengah telah memilih lokasi penggembaraan di sebuah rumah yang eksklusif di Jakarta Pusat, Indonesia. Busana timur tengah dan busana…

Read More
Hello Dunia – Natasha Sass Hiburan Muzik 

Hello Dunia – Natasha Sass

PENYANYI baharu Natasha Sass tampil dengan single pertama berjudul Hello Dunia sebagai pengenalan buat peminat. Bermula dengan bakat sendiri tanpa mencuba nasib dalam mana-mana rancangan realiti televisyen, Natasha memilih syarikat rakaman Universal Music Malaysia bagi memulakan langkah. Minat yang ditonjolkan sejak kecil lagi telah mendorong dirinya untuk terus mempersembahkan kelebihannya dalam bidang muzik. Menurut beliau, dengan kehadirannya di industri hiburan tempatan ini mampu menjadi inspirasi kepada penyokong dan penggemar muzik yang lain. Bagi Natasha sendiri, dia juga mempunyai beberapa nama besar dunia antarabangsa sebagai satu motivasi dan penyuntik semangat untuk terus…

Read More
Lagu buat arwah bapa – WAN IMAR Hiburan Muzik 

Lagu buat arwah bapa – WAN IMAR

Tragedi nahas helikopter awal Mei lalu nyata merupakan satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan lebih-lebih lagi buat Wan Imar, artis rakaman terbaru KRU Music Sdn. Bhd. Wan Imar atau nama penuhnya Wan Imar Izzat bin Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, 25, merupakan anak lelaki kedua kepada arwah ahli parlimen Kuala Kangsar yang terlibat dalam tragedi nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini. Dua bulan sebelum tragedi, arwah Datuk Wan Mohammad Khair-il pernah menghubungi Dato’ Norman (KRU) untuk berjumpa dengan Wan Imar bagi satu sesi ujibakat, di atas minat anaknya…

Read More
Jika Sempat imbau akar rock & roll – HUJAN Hiburan Muzik 

Jika Sempat imbau akar rock & roll – HUJAN

SELARI dengan revolusi seni kini, kumpulan Hujan tampil dengan sebuah album baru berjudul Jika Sempat yang berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia, Hujan sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini dalam album Sang Enemy menampilkan lagu-lagu berunsur rock yang dianggap ‘berat’, kali ini secara keseluruhannya mempunyai irama seperti awal permulaan kumpulan Hujan. Bagi vokalis Hujan, Noh Salleh yang juga bertanggungjawab sebagai penulis lagu dan lirik bagi kesemua lagu di dalam album ini, mereka menjalani situasi enjoy the moment seperti sebuah pengalaman baru ketika menghasilkan album ini….

Read More
Konsert 2 Dimensi DATUK M.NASIR & DATUK JAMAL ABDILLAH Hiburan Muzik 

Konsert 2 Dimensi DATUK M.NASIR & DATUK JAMAL ABDILLAH

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyatukan dua penyanyi tersohor Datuk M.Nasir dan Datuk Jamal Abdillah dalam “Konsert 2 Dimensi” yang akan menemui penonton pada 22 Mei ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV1. Disiarkan mengisi slot Lentera Muzika, konsert yang dirakam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, menerima sambutan luar jangkaan iaitu kira-kira 500 orang penonton. Konsert dimulakan dengan persembahan daripada Datuk Jamal dengan lagu Aku Penghibur dan diikuti lagu Juwita Citra Terindah oleh Datuk M.Nasir. Pentas terus hangat dengan persembahan solo Datuk M.Nasir  mendendangkan lagu-lagu hitsnya iaitu Phoenix Bangkit…

Read More
Lagu ALIF buat Mama Hiburan Muzik 

Lagu ALIF buat Mama

PENYANYI  rap asal Singapura, Alif yang sebelum ini popular bersama kumpulan Sleeq kini tampil solo dengan mempertaruhkan lagu terbaru berjudul Mama. Lagu ini dicipta khas oleh Alif sendiri untuk arwah ibunya, Maria Salim yang baru sahaja meninggal dunia. Alif pada mulanya tiada perancangan untuk melancarkan lagu ini sebagai single pertama, tetapi ketika proses menyiapkan single yang sepatutnya, ibu tercinta telah pergi meninggalkan dia sekeluarga kerana jatuh sakit. Peristiwa itu membuatkan Alif mencipta sebuah lagu khas untuk ibunya. Lagu Mama mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Alif kerana lagu itu…

Read More
Semangat baru ALIFF AZIZ dalam Rebirth Hiburan Muzik 

Semangat baru ALIFF AZIZ dalam Rebirth

DENGAN kematangan vokal dengan pengisian lagu yang lebih teliti, penyanyi Aliff Aziz tampil dengan album berjudul Rebirth mempertaruhkan irama lagu berentak balada yang lebih sesuai dengan jiwa penyanyi remaja ini. Album keempat Aliff ini mendapat sentuhan komposer terkenal seperti Tun Teja, Faizal Tahir, Kunci Demak, Mike Chan, Omar K dan Panji Sakti. Rebirth memuatkan 10 trek lagu, mempertaruhkan single pertama Selayaknya Aku ciptaan Faizal Tahir. Lagu berjudul Warna Cinta (nyanyian bersama Kilafairy) yang menjadi runut bunyi filem Diwale versi Bahasa Melayu turut disenaraikan dalam album kali ini. Album terbitan dan edaran…

Read More