You are here
MEGHAN MARKLE tutup akaun sosial media Antarabangsa Hiburan 

MEGHAN MARKLE tutup akaun sosial media

PELAKON Meghan Markle yang juga merupakan tunang kepada Putera Harry menutup semua akaun sosial peribadi miliknya. Perkara tersebut sudah dijangka selepas Markle dan Harry mengumumkan pertunangan mereka November lalu. Seperti juga keluarga Diraja Britain yang lain, perkembangan semasa mereka hanya akan dikongsi melalui laman sosial rasmi istana. Wakil Istana Kengsinton membuat kenyataan rasmi seperti yang dipetik menerusi laman US Weekly turut mengesahkan penutupan akaun sosial Markle. “Cik Markle berterima kasih kepada semua yang telah mengikuti media sosial beliau selama ini, namun beliau tidak aktif menggunakannya. Beliau mengambil keputusan untuk menutup…

Read More
Album beri semangat untuk terus hidup – IR RADZI Hiburan Tempatan 

Album beri semangat untuk terus hidup – IR RADZI

PENYANYI Ir Radzi kini muncul dengan album sulung berjudul Sempurna. Album yang mengandungi lapan buah lagu itu adalah perkongsian perjalanan kerjaya seni Ir sejak mula bergelar penyanyi sekitar tahun 2015. “Memang niat dan impian saya untuk mengeluarkan album sendiri sejak awal lagi. Beberapa tahun dalam industri saya sudah tahu identiti dalam muzik dan mendapat penerimaan baik peminat. Jadi saya yakin untuk hasilkan album pertama ni. “Album ini mengisahkan tentang perjalanan kerjaya seni saya. Judul Sempurna itu membawa maksud segala perasaan sedih dan gembira yang pernah saya lalui selama ini. Album…

Read More
Roslan Shah belum jelaskan hutang Ifa Raziah? Hiburan Tempatan 

Roslan Shah belum jelaskan hutang Ifa Raziah?

PENYANYI, pelakon dan pengacara Ifa Raziah melalui laman Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa kerana difitnah oleh seorang rakan artis iaitu Roslan Shah. Ifa membuat kenyataan panjang lebar memberitahu apa yng diperkatakan oleh Roslan Shah dalam sebuah video adalah fitnah. Dalam tulisan tersebut, Ifa turut mendedahkan Roslan masih belum menjelaskan sejumlah hutang kepadanya. “Antara fitnah yang disebarkan oleh RS (Roslan Shah) ialah saya suka bergaduh dengan artis lain. Sebanyak tujuh nama disebut. “Antara nama yang dipetik oleh RS ialah Amelina dan Didie Alias. Saya tidak ada masalah dengan mereka. Saya masih berhubung…

Read More
Datuk Rosyam Nor tolak drama kekalkan eksklusif Hiburan Tempatan 

Datuk Rosyam Nor tolak drama kekalkan eksklusif

LEBIH 20 tahun berada dalam industri seni, nama Datuk Rosyam Nor terus kekal dihati peminat. Biarpun semakin ramai bakat muda, namun Rosyam antara yang masih menjadi pilihan sebagai teraju utama filem dan drama. Tidak kenal erti penat, Rosyam juga dalam masa sama tidak terfikir untuk memperlahkan kerjaya meski kini usia sudah mencecah 50 tahun. Bagi hero filem KL Menjerit ini, jenama Rosyam harus dikekalkan sebagai penghargaan buat peminat. “Ini adalah apa yang saya minta dan sudah menjadi tanggungjawab. Jadi tiada istilah penat untuk terus memberikan sesuatu buat industri. Selagi diterima…

Read More
Dazrin jawab isu tipu jurugambar Hiburan Tempatan 

Dazrin jawab isu tipu jurugambar

MELALUI ruangan pojok sebuah akhbar, seorang jurugambar mendakwa ditipu oleh pelakon Dazrin Kamarudin. Pelakon usia 29 tahun itu dikatakan gagal membayar sejumlah wang bagi perkhidmatan jurugambar tersebut. Tampil memberi kenyataan berhubung perkara itu, kata Dazrin tindakan Individu tersebut sebenarnya mahu menjatuhkan reputasi dirinya. Dazrin juga terkejut apabila isu ini timbul ketika dia masih dalam perbincangan dengan jurugambar tersebut. “Jurugambar tersebut menawarkan diri untuk menjadi official photographer saya selepas dua kali berurusan dengannya. “Saya yakin dia memberikan harga terbaik kerana dalam dua kerja terdahulu dia memberikan harga yang murah. “Untuk sesi…

Read More
LATIFF BORGIBA meninggal dunia Buletin Hiburan 

LATIFF BORGIBA meninggal dunia

Pelakon veteran, Latiff Borgiba, 80, atau nama  sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 3.00 petang tadi di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur. Arwah dilahirkan di Bangkok, Thailand dan   berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan  16 orang anak. Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni,  Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang  diterbitkan sejak 1960-an. Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem  termasuk ‘Dang Lenggang’, ‘Ribut Di Hujung  Senja’ dan ‘Anakku Suamiku”. Antara produksi …

Read More
KONSERT SURIA 10 TAHUN balas jasa pendengar Buletin Hiburan 

KONSERT SURIA 10 TAHUN balas jasa pendengar

STESEN radio Suria FM bakal mengadakan konsert besar-besaran yang diberi nama Konsert Suria 10 Tahun pada 16 Disember ini bertempat di Darul Aman Park, Jitra, Kedah. Konsert tersebut sempena meraikan sepuluh tahun Suria FM beroperasi. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah ialah Datuk Awie, Bunkface, Black, Tomok, Hazama, Aiman Tino, Azlan & Typewriter, De’Fam dan Wany Hasrita. Selain itu barisan penyampai Suria FM yang terdiri daripada DJ Lin, Zulin Aziz, Fizi Ali, Bob Ringgo, Brian Chen, Tyzo, Suraya Borhan dan Halim Othman akan turut memeriahkan konsert dengan sebuah…

Read More
Ugutan bunuh buat WANY HASRITA muhasabah diri Hiburan Tempatan 

Ugutan bunuh buat WANY HASRITA muhasabah diri

PENYANYI Wany Hasrita,24 mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali di laman Instagram Kejadian itu menjadikan Wany lebih berhati-hati dan mengawal setiap perkongsian di laman sosial. “Perkara tersebut telah lama berlaku dan saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin dia hanya mahukan perhatian sahaja. “Saya kembali muhasabah diri. Mungkin saya terlalu terbuka di laman sosial dan ada orang yang tidak suka dengan tindakan saya. “Kejadian itu sedikit menggangu emosi. Saya bertanya kepada diri sendiri, apa yang harus dilakukan untuk puaskan hati semua orang. “Sekarang saya lebih…

Read More
BABY SHIMA bawa rempah ke Indonesia Hiburan Tempatan 

BABY SHIMA bawa rempah ke Indonesia

PENYANYI Baby Shima akui masih kekok memulakan kerjaya di negara Indonesia. Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli,25, ini memberitahu cara kerja dan kehidupan harian di sana sangat berbeza berbanding Malaysia. “Cara kerja mereka di sana sangat tidak sama dengan kita di sini. Jika ada persembahan saya hanya sempat berlatih beberapa jam sahaja dengan iringan kumpulan muzik. “Selain itu persembahan di sana, banyak di luar kota Jakarta. Jadi saya perlu siapkan diri dan betul-betul sedia kerana perjalanan jauh dan kesesakan lalu lintas di sana sangat dahsyat. “Soal makanan juga saya belum…

Read More
Selebriti popular bersama Utusan Karya meriahkan Perhimpunan Agung UMNO ke-71 Buletin Hiburan 

Selebriti popular bersama Utusan Karya meriahkan Perhimpunan Agung UMNO ke-71

UTUSAN KARYA Sdn.Bhd. (UKSB) memeriahkan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-71 yang bermula 5 hingga 9 Disember 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan pelbagai aktiviti menarik mengikut orientasi majalah. Beberapa artis terkenal turut memeriahkan dewan pameran Kumpulan Utusan di Bilik Pulau Pinang antaranya Kaka Azraf dan Miera Leyana yang menghiasi slot Mangga Media dan URTV pada pukul 3.00 petang hari Selasa (5 Disember). Pada Rabu, pelakon Arja Lee, Andi Bernadee dan Bella Nazari turut memeriahkan aktiviti bertemu pengunjung di ruang pameran. Pada Khamis pula InstaOnline membawa penyanyi muda Nabila…

Read More