You are here
Kucing terapi selepas cerai – Hafiz Hamidun Hiburan Tempatan 

Kucing terapi selepas cerai – Hafiz Hamidun

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun,33 berkongsi kisah hidup selepas beberapa bulan bercerai dengan bekas isteri, Joy Reyfa. “Di awal perceraian itu emosi saya memang agak terganggu. Saya jadi moody dua tiga hari selepas selesai kes mahkamah. “Namun dengan jadual kerja yang banyak, ia serba sedikit mengalihkan perhatian saya. Keluarga dan rakan-rakan sentiasa ada di sekeliling memberi nasihat. “Saya bernasib baik kerana dalam tempoh tersebut saya hanya berjumpa orang terdekat sahaja. Jadi saya dapat mengawal segala perasaan dan kesedihan yang dilalui. “Selain itu kucing juga menjadi terapi. Saya akan luangkan masa bercakap…

Read More
Ugutan bunuh buat WANY HASRITA muhasabah diri Hiburan Tempatan 

Ugutan bunuh buat WANY HASRITA muhasabah diri

PENYANYI Wany Hasrita,24 mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali di laman Instagram Kejadian itu menjadikan Wany lebih berhati-hati dan mengawal setiap perkongsian di laman sosial. “Perkara tersebut telah lama berlaku dan saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin dia hanya mahukan perhatian sahaja. “Saya kembali muhasabah diri. Mungkin saya terlalu terbuka di laman sosial dan ada orang yang tidak suka dengan tindakan saya. “Kejadian itu sedikit menggangu emosi. Saya bertanya kepada diri sendiri, apa yang harus dilakukan untuk puaskan hati semua orang. “Sekarang saya lebih…

Read More
BABY SHIMA bawa rempah ke Indonesia Hiburan Tempatan 

BABY SHIMA bawa rempah ke Indonesia

PENYANYI Baby Shima akui masih kekok memulakan kerjaya di negara Indonesia. Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli,25, ini memberitahu cara kerja dan kehidupan harian di sana sangat berbeza berbanding Malaysia. “Cara kerja mereka di sana sangat tidak sama dengan kita di sini. Jika ada persembahan saya hanya sempat berlatih beberapa jam sahaja dengan iringan kumpulan muzik. “Selain itu persembahan di sana, banyak di luar kota Jakarta. Jadi saya perlu siapkan diri dan betul-betul sedia kerana perjalanan jauh dan kesesakan lalu lintas di sana sangat dahsyat. “Soal makanan juga saya belum…

Read More
HARRIS BABA ditipu peniaga online Hiburan Tempatan 

HARRIS BABA ditipu peniaga online

PENYANYI dan pelakon Harris Baba memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa penipuan peniagan atas talian seperti status yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya. Jejaka asal Singapura ini sendiri mengakui dia telah menjadi mangsa individu tersebut setelah melabur 40% jumlah modal untuk memulakan perniagaan. “Sila berhati-hati jika anda merancang untuk membeli telefon atau peranti dari @vision.gadgets. Saya bekerjasama dengan pengasasnya dan bersetuju melabur 40% modal dan dia 60% mengikut kontrak. “Dia tidak mempunyai akuan syarikat dan mengarahkan saya untuk memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun peribadi…

Read More
SYATILLA MELVIN paranoid Hiburan Tempatan 

SYATILLA MELVIN paranoid

SELEPAS bergelar ibu, pelakon Syatilla Melvin memperlahankan kerjaya seni demi memberi fokus pada urusan rumah tangga. Isteri kepada pelako Shahiezy Sam ini juga tidak mahu terlepas detik-detik indah melihat anak membesar. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Syeriv Samheizy. “Buat masa sekarang saya memang memperlahankan kerjaya seni kerana tiada siapa yang menjaga anak di rumah. Syeriv baharu berusia enam bulan, tunggulah sehingga dia umur setahun nanti saya akan kembali aktif. “Saya hanya terima tawaran berlakon yang tidak melibatkan komitmen masa terlalu lama. Jika ada tawaran hanya…

Read More
ANDI BERNADEE manfaatkan musim viral Hiburan Tempatan 

ANDI BERNADEE manfaatkan musim viral

KUASA tular di media sosial telah menaikkan nama penyanyi Andi Bernadee. Hampir setahun bergelar artis, kini Andi mula mendapat perhatian peminat selepas tular dengan video lagu Tak Tun Tuang. Pemilik nama penuh Andi Azrul Andi Mapangile,26 ini menganggap ini adalah masa terbaik untuk teruskan meningkatkan populariti nama sendiri sekali gus memperkenalkan lagunya kepeda khalayak. Andi telah pun melancarkan single pertama berjudul Tiada Lagi Maaf ciptaan bersama ND, pada Mac lalu. “Bukan senang sebenarnya untuk dapat pendedahan sebegini. Sekarang orang mula sedar saya seorang penyanyi dan ada lagu sendiri. Jadi inilah masa…

Read More
GV4 harus diberikan kepada penyanyi tempatan – DATUK KHATIJAH IBRAHIM Hiburan Tempatan 

GV4 harus diberikan kepada penyanyi tempatan – DATUK KHATIJAH IBRAHIM

KETIADAAN penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) menjadi tanda tanya ramai pihak. Tugas beliau sebagai juri tetap digantikan oleh penyanyi Hetty Koes Endang yang turut bersama Datuk Ramli MS dan seorang juri jemputan setiap minggu. Bagi Datuk Khatijah, tiada istilah berkecil hati apabila nama beliau tidak disenaraikan. Namun melihat penglibatan para peserta kali ini, Datuk Khadijah berpendapat, GV4 harus memberi peluang sepenuhnya buat penyannyi tempatan. “Saya faham kenapa Hetty Koes Endang dipilih sebagai juri adalah sebagai satu strategi pemasaran produk penaja ke negara…

Read More
Penantian berbaloi ERNIE ZAKRI Hiburan Tempatan 

Penantian berbaloi ERNIE ZAKRI

SELAMA lebih tujuh tahun dalam industri seni, nama penyanyi Ernie Zakri sebelum ini mungkin kurang mendapat perhatian. Namun kemunculan kembali di program Duo Star membuatkan ramai mula sedar bakat besar Ernie. Akui pernah rasa berputus asa, Ernie menganggap penantiannya selama ini untuk meraih perhatian peminat berbaloi. Apalagi lagu duet dia bersama Syamel berjudul Aku Cinta layak bertanding ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (SFMM32). “Ini pertama kali saya menyanyikan lagu sendiri di pentas SFMM32. Semestinya saya rasa amat bersyukur. Penantian saya selama tujuh tahun dalam industri sangat berbaloi. “Sebelum…

Read More
SITI NORDIANA doa soal jodoh di tanah suci Hiburan Tempatan 

SITI NORDIANA doa soal jodoh di tanah suci

PENYANYI dan pelakon Siti Nordiana bakal mengerjakan umrah pada Disember nanti bersama anak dan ahli keluarganya. Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci, Siti Nordiana atau Nana berharap perjalanannya akan berjalan lancar. “Sudah lama saya berniat untuk mengerjakan umrah, tetapi baru tahun saya berpeluang ke sana. Saya akan membawa anak, ayah dan abang ke tanah suci. “Semestinmya apabila ke sana, pelbagai doa yang saya harapkan kerana kata orang berdoa di tanah suci akan cepat dimakbulkan. Antaramya saya mahu berdoa untuk jodoh yang baik dan kerjayaan di dunia serta akhirat. “Sebagai…

Read More
Perjanjian antara ANIS AL IDRUS dan suami Hiburan Tempatan 

Perjanjian antara ANIS AL IDRUS dan suami

STATUS sebagai isteri bukanlah satu alasan buat Anis Al Idrus memperlahankan kerjaya seninya. Menurut penyanyi, pelakon, pengacara ini sokongan suami juga menjadi pendorong untuk terus aktif dalam industri. Pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal ini turut berkongsi pentingnya pengurusan masa agar tanggungjawab terhadap kerja dan rumah tangga dapat disempurnakan dengan baik. Anis berkawhin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai lalu. “Selepas berkahwin saya tidak mengambil masa untuk rehat. Malah sentiasa sibuk dengan kerja. Jika tidak ke lokasi penggambaran, saya akan uruskan perniagaan. “Suami sentiasa memberi sokongan kepada…

Read More