You are here
Ini jiwa saya – HAZAMA Hiburan Tempatan 

Ini jiwa saya – HAZAMA

PENYANYI Hazama tampil dengan single terbaharu berjudul Aku Bukan Dewa. Lagu ini merupakan sentuhan Hazama sendiri yang bekerjasama dengan Taja, manakala lirik pula ditulis oleh Ad Samad. Membawakan genre progresif pop rock, kataHazama dia cuba untuk memberi kelainan dan dalam masa sama menunjukkan jiwanya yang sebenar dalam muzik. Ini merupakan single kedua Hazama tahun ini selepas Aku Yang Sebenar yang dilancarkan April lalu. “Karya ini mempamerkan kehebatan Ad Samad dalam menghasilkan lirik yang cukup mendalam, diulit pula dengan keindahan muzik hasil sentuhan kerjasama saya dan Taja. “Dalam masa yang sama…

Read More
Isu video lucah, Eyka Farhana buat laporan polis Hiburan Tempatan 

Isu video lucah, Eyka Farhana buat laporan polis

PELAKON muda Eyka Farhana membuat laporan polis berhubung isu video lucah yang dikatakan mirip wajahnya. Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi,22, memberitahu pihak yang menjadikan video tersebut tular turut di bawah pemerhatian pihak berkuasa. “Saya tidak pernah main-main tentang perkara yang melibatkan maruah. Orang mungkin nampak perkara ini remeh, malah ada yang mempersendakannya. “Maruah saya dan keluarga adalah perkara yang sangat saya junjung. “Kepada mereka yang menularkan video lucah menggunakan nama saya, anda kini dalam pemerhatian polis. Begitu juga netizen yang menghantar…

Read More
Haters make me famous – KAK GIRL Hiburan Tempatan 

Haters make me famous – KAK GIRL

MEMILIKI lebih 100 ribu pengikut di lamanInstagram, bintang insta-famous, Kak Girl sedar tidak semuanya suka dengan apa yang dia lakukan. Malah sejak aktif memuatnaik video lyp-sync sudah banyak komen-komen negatif yang diterima. Kritikan soal fizikal antara yang sering diterima oleh pemilik nama penuh Nur Amira Maslan,28 ini. Namun bagi Kak Girl, dia tidak mahu jadikan komen negatif tersebut sebagai pematah semangat untuk menghiburkan pengikut di laman sosial. “Saya hanya melakukan sesuatu yang disukai sahaja. Justeru saya menganggap ia sekadar hiburan dan dalam masa sama untuk mencari rezeki melalui pendapatan tambahan….

Read More
Alif punya ciri lelaki idaman – ZIZI KIRANA Hiburan Tempatan 

Alif punya ciri lelaki idaman – ZIZI KIRANA

PENYANYI Zizi Kirana akui dia kini berkawan rapat dengan pelakon muda Alif Hadi. Meskipun tiada istilah cinta dalam hubungan mereka, namun kedua-duanya tidak menolak andai ditakdirkan sebagai pasangan suami isteri suatu hari nanti. “Alif baik, tidak kedekut dan sangat bertanggungjawab. Dia bijak membahagikan waktu untuk kami berdua. “Tidak dinafikan Alif punya ciri-ciri lelaki idaman saya. Namun apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan sahaja, tidak lebih dari itu. “Jika ditakdirkan ada perasaan cinta dan bertemu jodoh, saya tidak menolak. Saya akan terima apa sahaja yang tertulis untuk diri saya,”…

Read More
TOM pilih Eme selepas dua kali menjanda Hiburan Tempatan 

TOM pilih Eme selepas dua kali menjanda

NAMA penyanyi Tom yang juga juara program Mystarz LG seakan sepi dari dunia hiburan. Namun itu tidak bermakna pemilik nama penuh Raja Farah Afzal Raja Ikram ini telah menamatkan kerjaya sebagai penyanyi. Tom sebenarnya masih aktif menyanyi di kelab bersama band Making of Sushi. Ramai juga yang tidak tahu Tom kini telah bernikah dengan salah seorang peserta program Rockanova iaitu Eme Termizie. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Tom dan kedua buat Eme. Pasangan ini berkahwin pada 27 November tahun lalu. “Saya lebih aktif menyanyi pada waktu malam di kelab bersama…

Read More
MJ teruskan langkah berdua Hiburan Tempatan 

MJ teruskan langkah berdua

TIDAK ramai kumpulan penyanyi atau duo yang kekal bertahan dalam industru seni tanah air. Bagi duo yang menggelarkan diri mereka MJ, perkara tersebut sudah lama difahami namun mereka punya harapan tinggi untuk terus kekal bersama. MJ yang dianggotai oleh Meeyo dan Joe sebelum ini mengatur langkah bersama kumpulan Votez. Namun seorang lagi ahli mereka iaitu Meer mengambil keputusan untuk fokus pada pelajaran dan meninggalkan dua sahabatnya. Bukan mudah untuk kembali mengatur langkah dalam industri. Namun duo ini percaya da ruang buat mereka mempersembahkan bakat yang ada. Buat pertama kali bersama,…

Read More
Nabila Razali tangguh kuliah sarjana Hiburan Tempatan 

Nabila Razali tangguh kuliah sarjana

SELEPAS putus cinta lebih setahun lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali akui sekarang bukanlah masa untuk mencari pengganti. Tatkala kerjaya sedang memuncak dan tawaran semakin banyak, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali,24, memanfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk fokus pada kerjaya. “Selepas putus cinta tahun lepas, saya sibuk dengan kerja. Jadi tidak ada masa nak fikir cari kekasih baharu. “Mula-mula memamglah ada perasaan kecewa. Namun saya sentiasa sibukkan diri. Dapatlah melupakan apa yng berlaku,” ujar Nabila. Malah penuntut Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini juga sanggup menangguh…

Read More
Berat badan naik kerana ubat – AZHARINA Hiburan Tempatan 

Berat badan naik kerana ubat – AZHARINA

DI SEBALIK kesibukan membuat persembahan pentas, mungkin ramai tidak tahu penyanyi Azharina sebenar punya masalah kesihatan. Menurut pemilik nama penuh Azharina Azhar,33, lebih setahun dia bergantung kepada ubat sehingga kadang-kala memberi kesan pada emosinya. Pelantun lagu Elegi Sepi ini bagaimanapun tidak mahu mendedahkan penyakit sebenar yang dihidapi dan berharap segalanya akan kembali pulih. “Disebabkan makan ubat itu juga berat badan saya naik. Hormon saya tidak stabil dan menyebabkan emosi sukar dikawal. “Saya akan cuba dapatkan rawatan terbaik untuk sembuh,” ujarnya ringkas kepada INSTA ONLINE. Ibu seorang anak ini bagaimana pun…

Read More
Ibu sumber kekuatan SYAFIQ FARHAIN Hiburan Tempatan 

Ibu sumber kekuatan SYAFIQ FARHAIN

AWAL kemunculan Syafiq Farhain di lapangan seni, dia sudah berhadapan dengan kontroversi. Namun penyanyi muda usia 23 tahun ini tidak menganggap ia sebagai pematah semangat untuk terus membina nama. Tidak mahu mengulas tentang apa yang telah terjadi, Syafiq kini hanya fokus pada tujuan asal menjadi artis. Dia mahu berkongsi bakat dengan peminat dan mengharapkan kehadirannya dalam industri diterima baik. “Ramai rakan-rakan sekeliling yang memberi sokongan ketika saya berhadapan dengan situasi tersebut. Ibu juga memberi kekuatan untuk saya bertahan. “Apa yang terjadi sebenarnya tidak memberi tekanan kerana saya tidak ambil pusing…

Read More
SHARUL KAMAL NAFI KERJAYA NYANYIAN PERLAHAN Hiburan Tempatan 

SHARUL KAMAL NAFI KERJAYA NYANYIAN PERLAHAN

MENDAPAT peluang sebagai pengacara dalam program kembara berjudul Travelog Backpakers ke Balkan tidak bermakna penyanyi Sharul Kamal akan serius dalam bidang tersebut. Sebaliknya bekas peserta Akademi Fantasia 2015 ini hanya menganggap sebagai percubaan cabang baharu dunia seni. “Sebenarnya saya tidak fikir untuk serius sebagai pengacara kerana masih aktif menyanyi dan minat saya lebih kepada bidang muzik termasuk mencipta lagu. “Saya anggap ini sebagai satu percubaan. Ini adalah kali pertama saya menjadi pengacara. Memang ada perasaan gementar kerana takut tidak boleh buat apa yang pengarah mahukan. “Saya banyak melihat cara pengacara…

Read More