You are here
Misi belum selesai – AZIZULHASNI AWANG Sukan 

Misi belum selesai – AZIZULHASNI AWANG

HARI ke-11 Olimpik Rio 2016, jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang menghadiahkan sebutir lagi pingat buat Malaysia. Azizul meraih gangsa dalam acara keirin yang berlansung gelanggang Velodrome Olympic Rio, Brazil awal pagi tadi. Memulakan peringkat saingan awal, Azizul hanya berpuas hati pada kedudukan ke-5. Namun dia bangkit dalam pusingan reperchage sehingga melayakkan dia ke separuh akhir. Dia kemudian mengukuhkan kedudukan tiga teratas untuk layak ke saingan akhir sebelum mambawa pulang pingat gangsa. Emas dimenangi oleh Jason Kenny dari Britain manakala Matthijs Buchli dari Belanda meraih perak. Meletakkan sasaran emas pada kemunculan Olimpik…

Read More
Perak dan berlian untuk HE ZI Sukan 

Perak dan berlian untuk HE ZI

BUKAN sekadar meraih pingat perak, malah penerjun China, He Zi,25 turut menerima cincin berlian selepas selesai acara akhir 3 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, Rio, Brazil semalam. Kekasihnya, Qin Kai,30 yang turut bertanding di Olimpik Rio 2016 kali ini secara tiba-tiba muncul memberikan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran. Tindakan Qin itu mengejut He dan seluruh penonton di sana. “Kami sudah bercinta selama enam tahun. Saya tidak tahu dia akan melamar pada hari ini dan tidak menyangka saya akan berkahwin secepat ini. “Dia bercakap tentang banyak perkara…

Read More
Emas Olimpik JOSEPH SCHOOLING tewaskan idola Sukan 

Emas Olimpik JOSEPH SCHOOLING tewaskan idola

NAMA perenang muda Singapura, Joseph Schooling,22 menjadi perhatian dunia selepas dia memenangi acara 100meter kupu-kupu di Sukan Olimpik Rio 2016. Dalam acara akhir tersebut dia turut menewaskan jaguh renang Micheal Phelps. Cerita kejayaan Schooling menjadi bualan peminat sukan dunia. Dia juga membawa pingat emas pertama buat Singapura dalam sukan terbesar dunia ini. Schooling menjadikan Phelps sebagai idolanya dalam bidang sukan dan pernah bertemu dengan pemenang 22 emas Olimpik itu lapan tahun dahulu. “Berada dia sebelah beliau (Phelps), berjalan dan meraikan kemenanan ini merupakan satu detik indah sepanjang hidup saya. “Semua…

Read More
Nenek SINPHET KRUAITHONG meninggal ketika raih pingat Sukan 

Nenek SINPHET KRUAITHONG meninggal ketika raih pingat

KEJAYAAN atlet angkat berat Thailand, Sinphet Kruaithong, 20 meraih pingat gangsa dalam acara 56 kilogram di Sukan Olimpik Rio 2016 disambut dengan berita sedih kematian neneknya. Subin Khongthap, 84 dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menyaksikan cucunya sedang beraksi secara langsung bersama ahli keluarga lain di rumah mereka. Dia kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Sinphet bagaimanapun tidak diberitahu tentang keadaan neneknya sehinggalah selesai acara pertandingan. Dalam satu temu bual bersama media Thailand sehari sebelum pertandingan, Subin menyatakan sokongan penuh terhadap cucunya dan berharap agar Sinphet dapat menjadi kebanggan…

Read More
PANDALELA RINONG terus lakar sejarah Sukan 

PANDALELA RINONG terus lakar sejarah

PANDALELA Rinong pernah mencipta sejarah dalam arena sukan negara apabila menjadi atlet wanita pertama yang membawa pulang pingat Olimpik pada tahun 2012 di Olimpik London. Ketika itu dia berjaya meraih gangsa dalam acara terjun 10 meter platform. Edisi Rio 2016, Pandalela sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat dalam acara 10 meter platform berirama bersama pasangannya Cheong Jun Hoong. Satu pencapaian besar buat atlet negara di persada Olimpik. Pasangan terjun negara ini mengumpul 344.34 mata, tewas kepada pasukan China dengan perbezaan 9.66 mata. Manakala pingat gangsa dimenangi oleh pasangan…

Read More
MICHAEL PHELPS pernah mahu bunuh diri Sukan 

MICHAEL PHELPS pernah mahu bunuh diri

DI SEBALIK kejayaan sebagai pemenang pingat Olimpik terbanyak, atlet renang Amerika Syarikat, Michael Phelps,31  pernah melalui detik hitam dalam hidupnya. Berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol sebelum ini, Phelps juga pernah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2014. Dalam temu bual bersama ESPN The Magazine, Phelps memberitahu dia pernah terfikir untuk membunuh diri dan bergelut mencari identiti diri. Peristiwa hitam yang berlaku juga sedikit mencalar nama Phelps yang ketika itu berada di puncak. “Saya merasakan dunia akan jadi lebih baik tanpa saya. Itu adalah cara terbaik yang harus…

Read More
SAMIR AIT SAID mahu kembali beraksi di Olimpik 2020 Sukan 

SAMIR AIT SAID mahu kembali beraksi di Olimpik 2020

KECEDERAAN teruk yang dialami oleh gimnas dari Perancis, Samir Ait Said ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik di Rio, Brazil baru-baru ini tidak mematahkan semangatnya untuk kembali bertanding dalam edisi Olimpik akan datang. Ait Said menghantar pesanan kepada rakan-rakan media Perancis memberitahu insiden tersebut bukanlah penamat kerjayanya dalam bidang sukan. Dia turut memuat naik video di laman Facebook miliknya memberitahu keadaan terkini di hospital. “Dia ada menghubungi kami dan memberitahu akan kembali beraksi. Katanya dia akan menjadi lebih kuat untuk Olimpik Tokyo empat tahun akan datang. “Walau apa yang terjadi, dia…

Read More
KELAB TAEKWONDO KORYO gegarkan KOREA Sukan 

KELAB TAEKWONDO KORYO gegarkan KOREA

SERAMAI 24 orang atlet Kelab Taekwondo Koryo yang bertanding di 10th World Taekwondo Culture Expo 2016 berjaya mengharumkan nama Malaysia. Kejohanan yang mempertandingkan acara Poomsae dan Kyorugi berlangsung di Taekwondowon, Muju, Korea Selatan pada 14-19 Julai 2016 turut disertai oleh 33 buah negara dengan lebih 1500 atlet yang bertanding. Sebanyak 10 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa adalah rekod yang membanggakan kerana kesemua atlet yang mengambil bahagian berjaya memenangi pingat pada acara mereka masing-masing. Kejayaan ini juga membuktikan Malaysia mampu menyaingi kuasa besar dalam sukan taekwondo terutamanya Korea…

Read More
KHAIRUL IDHAM PAWI kebanggaan negara Sukan 

KHAIRUL IDHAM PAWI kebanggaan negara

TAHNIAH kepada Pelumba Moto3 Negara, Khairul Idham Pawi yang telah menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring, semalam (17 Julai). Walaupun bermula dari petak ke-20, Khairul Idham tetap mempamer aksi menakjubkan di atas trek yang basah dan berjaya tiba di garisan penamat dengan kelebihan 11 saat meninggalkan pesaing terdekat iaitu penunggang Leopard Racing dari Itali, Andrea Locatelli dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini. “Saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tetapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak drama saya…

Read More
SAFIQ RAHIM umum persaraan Sukan 

SAFIQ RAHIM umum persaraan

PEMAIN JDT, Safiq Rahim semalam mengumumkan persaraan dari menyertai pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger. “Sudah tiba masanya untuk saya bersara dari skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. “Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara….

Read More