You are here
CHAN PENG SOONG & GOH LIU YING pernah bergaduh Sukan 

CHAN PENG SOONG & GOH LIU YING pernah bergaduh

BUKAN sekadar menghadiahkan perak buat Malaysia, malah bergu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan badminton negara kerana menjadi pasangan pertama membawa pulang pingat di sukan Olimpik.

Mereka bukanlah sandaran utama pingat dalam edisi Rio 2016. Apa lagi ini penampilan pertama Liu Ying selepas berehat panjang akibat kecederaan. Tatkala nama mereka diumumkan layak ke peringkat akhir sudah cukup membuatkan peminat sukan Malaysia merasa bangga.

Bertemu pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir sudah ramai yang meramalkan kilauan emas sukar untuk diraih oleh pasangan negara. Namun semangat juang mereka tidak berhenti sehingga ke mata akhir.

Tewas kepada pasangan Indonesia. Manakala gangsa milik China.
Tewas kepada pasangan Indonesia. Manakala gangsa milik China.

Nama Peng Soon dan Liu Ying sudah lama digandingkan sebagai pasangan bergu negara. Sekali punbanyak kali beraksi, dua pemain ini akui bukan mudah untuk mewujudkan keserasian bersama.

“Ketika mula menjadi pasangan bergu, kami sering bergaduh kerana pastinya masing-masing punya pendapat berbeza. Namun pergaduhan itu yang membuatkan kami lebih memahami dan jadi lebih bagus.

“Jika simpan apa sahaja masalah, kami tidak akan tahu. Jutseru kami akan berbincang untuk dapatkan penyelesaian  terbaik dalam pasukan.

“Kami pernah bergaduh waktu pertandingan. Saya beritahu kerana kami tidak serasi. Ketika itu masih muda dan Lui Ying menangis kerana perkara tersebut,” cerita Peng Soon dalam temu bual bersama saluran Arena.

Dalam temu bual sama, Peng Soon turut memberitahu pernah merasa marah dengan tindakan Liu Ying untuk berehat bagi menjalani penbedahan di bahagian lututnya pada tahun 2014.

“Ketika dia beritahu mahu melakukan pembedahan, saya memang ada sedikit marah kerana dia tidak berbincang dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak tahu rancangannya ketika itu.

“Namun semua itu perkara yang sudah berlalu. Apa yang penting ialah pingat yang kami peroleh sekarang ini,” ujar Peng Soon.

Syabas buat Peng Soon dan Lui Ying. Semoga perak di Rio 2016 memberi semangat buat mereka berdua terus berjuang. Apa yang diharapkan satu sejarah lebih hebat bakal tercipta pada Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Moga Peng Soon (kiri) dan Lui Ying mampu meraih emas di Tokyo nanti. FOTO: UTUSAN
Moga Peng Soon (kiri) dan Lui Ying mampu meraih emas di Tokyo nanti. FOTO: UTUSAN

Related posts

Leave a Comment