You are here
CITA CITATA temui kekasih baharu selepas lima bulan putus cinta Antarabangsa Hiburan 

CITA CITATA temui kekasih baharu selepas lima bulan putus cinta

SELEPAS lima bulan putus cinta dengan bekas kekasih, penyanyi Cita Citata,22 akui kini sudah bertemu pengganti hati. Bagaimanapun Cita enggan mengulas lanjut tentang cinta baharunya itu.

Pemilk nama Cita Rahayu ini baharu sahaja melancarkan sinle berjudul  NYCita dan tidak mahu kisah cintanya bersama lelaki tersebut dianggap sebagai gimik melariskan jualan lagu.

“Dia sekadar teman dekat sahaja. Saya belum boleh cerita dan kenalkan lagi. Saya baharu sahaja melancarkan single, jadi bimbang jika nanti ada yang katakan kisah cinta itu sebagai gimik.

“Setelah lagu ini diterima peminat nanti saya akan kenalkan (kekasih) kepada semua,” ujar Cita yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini.

Cita sebelum ini pernah berkahwin pada usia 18 tahun namun bercerai dua tahun kemudian. Dia sebelum bercinta dengan jejaka bernama Amri Tuasikal dan hubungan mereka berakhir lima bulan lalu.

“Saya masih muda dan wajar untuk mencari pengganti. Bukannya terus berganti pasangan, Cuma cari yang terbaik,” jelas Cita seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

SUMBER: KAPANLAGI

Related posts

Leave a Comment