You are here
Dazrin jawab isu tipu jurugambar Hiburan Tempatan 

Dazrin jawab isu tipu jurugambar

MELALUI ruangan pojok sebuah akhbar, seorang jurugambar mendakwa ditipu oleh pelakon Dazrin Kamarudin. Pelakon usia 29 tahun itu dikatakan gagal membayar sejumlah wang bagi perkhidmatan jurugambar tersebut.

Tampil memberi kenyataan berhubung perkara itu, kata Dazrin tindakan Individu tersebut sebenarnya mahu menjatuhkan reputasi dirinya. Dazrin juga terkejut apabila isu ini timbul ketika dia masih dalam perbincangan dengan jurugambar tersebut.

“Jurugambar tersebut menawarkan diri untuk menjadi official photographer saya selepas dua kali berurusan dengannya.

“Saya yakin dia memberikan harga terbaik kerana dalam dua kerja terdahulu dia memberikan harga yang murah.

“Untuk sesi fotografi koleksi kurta saya di dalam studio yang sangat selesa, tiba-tiba dia mengenakan harga yang sangat tidak berpatutan.

“Dia mendesak saya dengan harga yang tidak pernah saya persetujui. Saya yakin isu ini untuk menjejaskan reputasi saya,” jelas Dazrin.

Saya yang turut mengeluarkan koleksi pakaian jenama DK Collection memberitahu dia tidak lagi menggunakan hasil kerja jurugambar tersebul selepas timbul isu ini.

Related posts

Leave a Comment