You are here
DIAN SASTROWARDOYO jawab isu tepis tangan peminat Antarabangsa Hiburan 

DIAN SASTROWARDOYO jawab isu tepis tangan peminat

NAMA pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi bualan ramai kebelakangan ini selepas isu dia menepis tangan peminat menjadi tular di laman sosial.

Menjelaskan perkara tersebut, kata Dian itu adalah satu tindakan normal kerana terkejut apabila secara tiba-tiba ada seseorang yang memegang tangannya dari belakang.

“Ketika itu kami sedang promosi filem di kota Surabaya. Keadaan sangat kelam-kabuy, tetapi masih ada peminat yang mahu mengambil gambar swafoto bersama.

“Saya terkejut ketika itu kerana tiba-tiba tangan dia (peminat) menyentuh belakang saya.

“Tiada maksud untuk bertindak kurang sopan dengan peminat. Saya sayang semua peminat saya kerana mereka adalah penting,” ujar Dian ketika menjadi tetamu dalam rancangan Sarah Sechan.

Kajadian menepis tangan peminat itu berlaku  ketika Dian hadir dalam sebuah acara mempromosikan filem terbaru lakonannya berjudul Kartini yang kini sudah mula ditayangkan di Indonesia.

Berikutan isu tersebut ramai netizen yang menganggap Dian seorang pelakon yang sombong dengan peminat.

Related posts

Leave a Comment