You are here
DNCE datang Malaysia Buletin Hiburan 

DNCE datang Malaysia

KUMPULAN DNCE akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada 8 Ogos depan dan dibawakan oleh Universal Music Malaysia dan Wilbros. Ini merupakan  kolaborasi kali pertama kedua pihak ini   untuk merealisasikan impian peminat-peminat DNCE di Malaysia.

Universal Music Malaysia sebelum ini telah melancarkan aktiviti yang dinamakan stream to unlock sebagai salah satu cara mendapatkan perhatian Malaysia. Sambutan luar biasa peminat memilih lagu-lagu DNCE membukti kesungguhan mereka untuk kumpulan ini hadir ke Malaysia.

DNCE dianggotai oleh Joe Jonas sebagai vokalis, JinJoe Lee (gitar), Cole Whittle (keyboard/bass) dan Jack Lawless (dram). Kumpulan ini mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan single pertama mereka berjudul Cake By The Ocean berjaya meraih tempah dalam kebanyakan carta lagu dunia.

Tiket konsert boleh dibeli di www.myticket.asia.  Tiket berharga RM288 (PS2), RM388 (PS1) dan RM538 (VIP). Pemegang tiket VIP akan diberikan laluan masuk khas dan barangan istimewa.

Related posts

Leave a Comment