You are here
ED SHEERAN tutup akaun Twitter kerana dikecam Antarabangsa Hiburan 

ED SHEERAN tutup akaun Twitter kerana dikecam

DISEBABKAN tidak tahan dengan kritikan peminat di media sosial, penyanyi Ed Sheeran membuat keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya.

“Saya menggunakan media sosial dan mendapati mereka bercakap perkara buruk. Twitter telah menjadi platform untuk hal sedemikian.

“Satu komen boleh merosakkan hari anda. Disebabkan itu saya tidak lagi menggunakan Twitter.

“Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, namun orang tidak menyuakai saya,” jelas Ed Sheeran dalam temu bual bersama The Sun.

Dalam masa sama penyanyi lagu Shape of You ini memberitahu keluarga dan teman-teman rapat adalah orang terbaik untuk memberi komen dalam setiap tindakan dilakukannya.

“Saya sentiasa bercakap dengan teman rapat seperti ayah saya. Jadi saya tidak perlukan orang lain untuk menggelarakn apa sahaja pada diri saya,” ujar Ed Sheeran.

Menerusi laman Twitter milik Ed Sheeran sebelum ini ada peminat yang menghantar komen mengatakan penyanyi itu bermain gitar ‘miming’ dalam satu persembahan. Komen negatif berlanjutan dari isu tersebut membuatkan Ed Sheeran menutup akaun Twitter miliknya.

Related posts

Leave a Comment