You are here
ERWIN DAWSON kurus kerana putus cinta Hiburan Tempatan 

ERWIN DAWSON kurus kerana putus cinta

PELAKON Erwin Dawson akui dirinya kini sedang patah hati selepas dua bulan putus cinta dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya.

Kata Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson,28,  sekalipun tempoh percintaan mereka hanya setahun, namun ia memberi kesan yang mendalam.

“Dia adalah seorang wanita yang saya anggap sebagai kekasih dan juga sahabat baik. Jadi perpisahan ini membuatkan saya hilang kedua-duanya.

“Sepanjang bercinta dia banyak mengajar saya menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Saya belajar untuk lebih bersabar dan juga memaafkan.

“Putus cinta kali ini betul-betul memberi kesan dalam hidup saya sehinggakan berat badan turun. Kadangkala juga perasaan jadi terganggu.

“Saya sering alihkan perhatian dengan bertemu peminat atau berbual secara live di Instagram agar tidak terlalu memikirkan tentang apa yang telah berlaku,” cerita jejaka asal Singapura ini.

Bercakap lanjut soal hati, menurut Erwin belum tiba masanya untuk dia kembali menerima kehadiran seorang wanita sebagai kekasih dalam masa terdekat.

Berat badan susut kerana tidak lalu makan selepas putus cinta. FOTO: AZLINA OTHMAN.

Erwin ditemui ketika sesi fotografi bagi mempromosikan filem baharu lakonannya berjudul Dubai My Love yang dijangka berada di pawagam hujung tahun ini.

Filem ini mengisahkan tentang Amar (lakonan Erwin) yang membawa diri ke kota Dubai setelah kecewa ditinggalkan pada hari perkahwinan. Ketika di sana, Amar bertemu seorang wanita misteri yang tahu sejarah silam dirinya.

Dubai My Love merupakan filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos dan turut menampilkan pelakon lain seperti Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Ben Ali dan Fazreen Fazeera.

Antara babak filem ketika penggambaran di Dubai.

Related posts

Leave a Comment