You are here
ERWIN DAWSON mula terbuka cari pengganti hati Hiburan Tempatan 

ERWIN DAWSON mula terbuka cari pengganti hati

PELAKON Erwin Dawson, 28 sebelum ini mengakui pernah merasa sukar menerima kehadiran seorang wanita selepas putus cinta awal tahun lalu. Setelah beberapa bulan melalui fasa patah hati, pemilk nama penuh Mohamed Erwin Shah Evan Dawson ini sedia untuk kembali berkenalan dengan wanita.

Pengalaman terdahulu juga menjadikan Erwin seorang lelaki yang lebih matang dan memahami sikap wanita. Katanya juga dia berjaya mengurangkan sikap ego lelaki untuk menerima kehadiran seorang wanita.

“Saya percaya pada law of attraction dan kata-kata itu adalah sebuah doa. Jika saya betul-betul menolak cinta, perkara itu akan berlaku. Sata tidak mahu hidup berterusan tanpa pasangan.

“Saya beri peluang kepada diri sendiri dan terbuka untuk berkenalan dengan wanita lain. Saya juga tidak mahu terlalu melayan emosi sendirian di rumah. Bagaimanapun sekarang ini belum ada yang betul-betul jadi pasangan saya.

“Pengalaman lama memberi kesan positif dalam hidup saya. mentaliti dan layanan saya terhadap wanita jadi berbeza. Jika dahulu saya ego, tetapi sekarang lebih banyak mendengar dan memahami,” cerita Erwin.

Bercakap tentang kerjaya, filem lakonan Erwin berjudul Bisik Pada Langit bakal ditayangkan pada 21 Septemper nanti. Filem arahan Kabir Bhatia ini turut menampilkan pelakon lain seperti Ummi Nazeera, Jalil Hamid dan Beto Kusyairi.

Dalam filem ini Erwin memegang watak sebagai Irwan yang merupakan kekasih kepada Siti Hajar (lakonan Ummi Nazeera). Mereka belajar di Australia dan mempunyai hobi sama iaitu menunggang motosikal. Pada suatu hari Siti Hajar terlibat dalam kemalangan dan cedera parah.

Sebagai orang yang paling dekat, Irwan harus menjaga kekasihnya dan dalam masa sama dia juga perlu berdepan dengan keluargan Siti Hajar di Malaysia.

Related posts

Leave a Comment