You are here
FARHAN MUSTAPHA harap Wayang buka ruang jadi penyanyi Hiburan Muzik 

FARHAN MUSTAPHA harap Wayang buka ruang jadi penyanyi

SELEPAS beberapa tahun memperjuangkan nasib untuk bergelar penyanyi, kini Farhan Mustapha muncul dengan single petama berjudul Wayang. Farhan sebelum ini pernah beberapa kali menyertai program nyanyian realiti televisyen, namun kurang mendapat tempat di hati peminat.

Kini Farhan bernaung di pengurusan syarikat Rocketfuel Entertainment dan berharap kemunculan kali dini diterima baik orang ramai.

“Saya berasa amat bersyukur dan sangat teruja apabila pihak Rocketfuel Entertainment menyatakan hasrat menjadikan saya sebagai artis di bawah naungan mereka kerana kepercayaan yang diberikan terhadap bakat nyanyian saya.

“Selain itu, saya juga turut berharap agar single Wayang, dapat diterima baik oleh peminat-peminat lagu bergenre balada tempatan. Semoga single sulung ini membuka jalan serta ruang untuk saya memulakan karier sebagai seorang penyanyi profesional,”jelas Farhan.

Bercakap tentang lagunya yang turut mendapat sentuhan Jiwa Firdaus dan Ammar Jai itu, kata Farhan mereka berbincang selama dua minggu bagi mendapat hasil berkualiti.

“Single Wayang merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang kisah penipuan dalam sesetengah hubungan percintaan.

”Idea asal lagu ini datangnya dari saya sendiri dan pada masa yang sama, bantuan abang serta sahabat saya iaitu Jiwa Firdaus dan Ammar Jai.

“Hampir dua minggu kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat bagi memastikan ia menjadi sempurna sebelum melalui proses rakaman yang memakan masa selama sebulan dengan tunjuk ajar serta susunan oleh komposer AG Coco,” cerita Farhan.

Lagu Wayang boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik juga boleh ditonton disaluran Youtube Rocketfuel Network.

 

Related posts

Leave a Comment