You are here
GV4 harus diberikan kepada penyanyi tempatan – DATUK KHATIJAH IBRAHIM Hiburan Tempatan 

GV4 harus diberikan kepada penyanyi tempatan – DATUK KHATIJAH IBRAHIM

KETIADAAN penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) menjadi tanda tanya ramai pihak. Tugas beliau sebagai juri tetap digantikan oleh penyanyi Hetty Koes Endang yang turut bersama Datuk Ramli MS dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Bagi Datuk Khatijah, tiada istilah berkecil hati apabila nama beliau tidak disenaraikan. Namun melihat penglibatan para peserta kali ini, Datuk Khadijah berpendapat, GV4 harus memberi peluang sepenuhnya buat penyannyi tempatan.

“Saya faham kenapa Hetty Koes Endang dipilih sebagai juri adalah sebagai satu strategi pemasaran produk penaja ke negara Indonesia. Saya tidak ada masalah apabila tidak disenaraikan sebagai juri kerana ini adalah teknik pemasaran.

“Bukan rezeki saya untuk terlibat dalam GV4. Siapa tahu jika ada peluang mungkin tahun depan nama saya akan dipanggil semula sebagai juri.

“Namun saya rasa peserta GV4 harus diberikan sepenuhnya kepada artis tempatan kerana ramai lagi penyanyi kita berbakat besar yang memerlukan slot seperti program GV.

“Ketiadaan saya sekali pun, peminat masih menonton GV4,” ujar Datuk Khatijah.

Bercakap lanjut tengtang GV4, beliau meramalkan juara kali ini bakal menjadi salah seorang peserta wanita.

“Saya jangka peserta wanita akan menang. Namun semuanya bergantung pada persembahan setiap minggu. Bukan mudah bagi seorang peserta GV4 untuk menyampaikan lagu penyanyi lagi,’ jelas beliau.

Datuk Khatijah ditemui ketika majlis minum petang bersama produk Navix.Beliau dilantik menjadi duta dan rakan kerjasama bagi produk minuman kesihatan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Datuk Khatijah kini sibuk dengan persiapan konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih yang akan diadakan di Singapura bersama Datuk Ramli Sarip. Album duet mereka berdua juga bakal dilancarkan sebelum konsert pada Ogos tahun hadapan.

Related posts

Leave a Comment