You are here
Hafidz Roshdi tukar identiti pikat Azira Shafinaz Filem & Drama Hiburan 

Hafidz Roshdi tukar identiti pikat Azira Shafinaz

DEMI memikat hati seorang gadis, pelakon Hafidz Roshdi sanggup menyamar sebagai pelayan kafe sedangkan dia adalah seorang CEO syarikat besar.

Itu adalah watak lakonan Hafidz sebagai Faiq Faiqal dalam drama terbaru berjudul Mr. Donat Karamel yang dibintangi oleh Azira Shafinaz sebagai teraju utama.

Drama ini mengisahkan seorang novelis bernama Anggun Qhairah (lakonan Azira Shafinaz), yang gemar menghabiskan masa untuk mencari ilham di sebuah kafe sambil menikmati makanan kegemarannya, Donat Karamel.

Suatu hari muncul seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi) yang telah menyebabkan cermin mata dan komputer ribanya jatuh dan rosak.

Anggun yang sememangnya rabun, tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki yang telah melanggarnya.

Faiq merasa bersalah dan ingin menggantikan barang-barang Anggun yang telah rosak. Sejak insiden itu Faiq telah jatuh hati dan cuba untuk mendekati Anggun.

Faiq sanggup menukar identitinya menjadi Rafiqi dan bekerja sebagai pelayan pada hujung minggu di kafe kegemaran Anggun. Apabila mendapat tahu Anggun merupakan seorang novelis, Faiq juga membeli semua novel nukilan Anggun.

Anggun merasa senang berkawan dengan Rafiqi selain teruja mengetahui novelnya turut diminati oleh kaum lelaki.

mdk9

mdk7

mdk6

Dalam masa sama, Anggun rimas diganggu oleh Zhariff (Idris Khan)  yang menagih cintanya sejak mereka bersekolah lagi. Anggun mula risau apabila Zhariff mengatakan ingin menghantar rombongan meminang.

Faiq yang takut Anggun terlepas ke tangan orang lain terus meminta ibu dan bapanya meminang Anggun tanpa mendedahkan identiti sebenarnya dirinya.

Saat akhir persiapan perkahwinan mereka, penipuan Faiq telah terbongkar. Namun, mustahil bagi Anggun untuk membatalkan perkahwinan ini kerana tidak mahu memalukan keluarganya.

Saksikan drama bersiri berjudul Mr.Donat Karamel untuk menyaksikan misi Faiq memikat kembali hati isterinya, Anggun di slot Lestary setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam di TV3 bermula 2 November.

Drama ini turut membariskna pelakon lain seperti Mona Allen, Idris Khan, Syazuwan Hassan, Sheila Rusly, Shamsul GhauGhau, Fimie Don dan ramai lagi.

mdk2

mdk1

 

mdk3

mdk5

Related posts

Leave a Comment