You are here
Hanez Surya tunggu green light suami Hiburan Tempatan 

Hanez Surya tunggu green light suami

PELAKON Hanez Suraya memberitahu dia hanya menunggu lampu hijau’ dari suaminya, Romie Razin Adilha untuk kembali berlakon.

Selepas mendirikan rumah tangga pada Mac 2015, Hanez memperlahankan kerjaya seninha dan lebih memberi fokus pada keluarga. Apa lagi selepas mereka dikurniakan cahaya mata pertama Putri Aleesya setahun lalu.

“Masih ada tawaran berlakon untuk saya, tetapi saya tidak boleh terima jika suami tidak mengizinkan.

“Jika suatu hari nanti suami berikan ‘green light’ saya akan terus terima tawaran untuk kembali ke lokasi.

“Memang rindu untuk berlakon kerana saya sayangkan kerjaya saya. Saya sendiri tidak pernah cakap untuk berhenti berlakon.

“Paling tidak ada satu drama lakonan saya. Biarlah nanti Aleesya dapat menonton lakonan saya,” ujar Hanez.

Hanez bersama anak, Putri Aleesya. Gambar dari Instagram Hanez.
Hanez bersama anak, Putri Aleesya. Gambar dari Instagram Hanez.

Pelakon drama Love You Mr Arrogant ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebagai pengacara untuk program Nukilan Ramadan yang bakal bersiaran di saluran RTM tahun hadapan.

“Menjadi pengacara tidak sama seperti berlakon. Lakonan lebih melibatkan emosi dalam karakter. Itu yang saya suka.

“Sepanjang penggambaran program tersebut saya sudah beritahu suami agar die tidak perlu risau untuk menguruskan keluarga.

“Saya juga telah beritahu pihak produksi agar call time saya ditetapkan selepas saya siap menguruskan anak di rumah,” cerita Hanez.

Related posts

Leave a Comment