You are here
HARRIS BABA ditipu peniaga online Hiburan Tempatan 

HARRIS BABA ditipu peniaga online

PENYANYI dan pelakon Harris Baba memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa penipuan peniagan atas talian seperti status yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Jejaka asal Singapura ini sendiri mengakui dia telah menjadi mangsa individu tersebut setelah melabur 40% jumlah modal untuk memulakan perniagaan.

“Sila berhati-hati jika anda merancang untuk membeli telefon atau peranti dari @vision.gadgets. Saya bekerjasama dengan pengasasnya dan bersetuju melabur 40% modal dan dia 60% mengikut kontrak.

“Dia tidak mempunyai akuan syarikat dan mengarahkan saya untuk memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun peribadi (kesilapan saya sendiri). Kemudian saya sedar dia tidak melabur lebihan 60%.

“Saya minta dia menunjukkan bukti namun dia tidak memberi sebarang bukti dan mendakwa tidak sentuh langsung duit berkenaan.

“Dia hanya mengembalikan separuh sahaja wang tersebut. Sila berhati-hati dengan individu dan syarikat tersebut.

“Saya tidak sangka ditipu begini dan tidak tahu mengapa dia masih belum kembalikan wang saya,” tulis Harris.

 

 

Related posts

Leave a Comment