You are here
Haters make me famous – KAK GIRL Hiburan Tempatan 

Haters make me famous – KAK GIRL

MEMILIKI lebih 100 ribu pengikut di lamanInstagram, bintang insta-famous, Kak Girl sedar tidak semuanya suka dengan apa yang dia lakukan. Malah sejak aktif memuatnaik video lyp-sync sudah banyak komen-komen negatif yang diterima.

Kritikan soal fizikal antara yang sering diterima oleh pemilik nama penuh Nur Amira Maslan,28 ini. Namun bagi Kak Girl, dia tidak mahu jadikan komen negatif tersebut sebagai pematah semangat untuk menghiburkan pengikut di laman sosial.

“Saya hanya melakukan sesuatu yang disukai sahaja. Justeru saya menganggap ia sekadar hiburan dan dalam masa sama untuk mencari rezeki melalui pendapatan tambahan.

“Saya sudah lali dengan kritikan orang ramai dan tidak ambil peduli apa yang mereka katakan. Selagi tidak melibatkan keluarga, saya tidak kisah. Bercakaplah apa sahaja tentang saya, jangan libatkan keluarga.

“Kalau terlalu ikutkan kata-kata orang lain, diri sendiri akan ‘mati’. Memang pernah menangis dengan kecaman, tetapi mengapa saya perlu mengalah dengan komen negatif tersebut.

“Seperti kata Kanye West, haters make me famous,” ujar Kak Girl.

Siapa sangka video Kak Girl turut mendapat perhatian raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan. Selain itu penyanyi asal Kuwait, Humood turut memberi komen apabila Kak Girl memuatnaik video lys-sync lagu Kun Anta.

Kak Girl juga kini merupakan penyampai radio di stesen Best Fm untuk segmen SlimBam Best Pagi bersama Zairi dan Along Cham. Dia juga terlibat dengan sebuah filem berjudul Jeritan Jin yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Related posts

Leave a Comment