You are here
Hidup adalah proses mencapai mimpi – JUDIKA Hiburan 

Hidup adalah proses mencapai mimpi – JUDIKA

SEKALI PUN berjaya membina kedudukan kukuh sebagai salah seoarang penyanyi hebat di Indonesia, Judika tidak perah merasa puas untuk meraih lebih banyak impian dalam dunia muzik.

“Kehidupan adalah satu proses untuk mencapai mimpi lebih besar di masa akan datang. Masih banyak impian yang belum tercapai.

“Sebab itu saya tidak pernah merasa puas dalam kerjaya,” ujar pemilik nama penuh Judika Nolan Abadi Sihotang ini.

Bercakap tentang perjalan hampir sepuluh tahun sebagai penyanyi, kata Judika tidak melaluinya dengan mudah walau pernah beberapa kali menjadi juara dalam pertandingan menyanyi.

“Walaupun sudah lama menyanyi, namun saya lambat menghasilkan album sendiri. Sehinggakan saya pernah rasa berputus asa sebelum Tuhan membuka jalan menyertai Indonesian Idol pada tahun 2005.

“Saya pernah kecewakan ibu bapa kerana tidak berjaya menamatkan kuliah. Saya pilih untuk menjadi penyanyi dan sekarang dengan kerjaya ini saya dapat membantu keluarga seperti membli rumah buat mereka.

“Sejak dahulu banyak impian yang telah saya capai tanpa menyusahkan orang lain. Saya seorang yang suka berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu.

“Sekarang saya menikmati kehidupan sebagai satu proses perjuangan,” jelas Judika.

Penyanyi yang popular dengan lagu Setengah Mati Merindu dan Bukan Rayuan Gombal ini hadir ke Kuala Lumpur sempena Malam Sensasi Bersama Judika yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya hujung minggu lalu.

Pelanggan HyppTV akan dapat menikmati rakaman persembahan tersebut di HyppSensasi, Saluran 116 dan melalui aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere semasa Hari Raya pada bulan Julai 2017.

Judika bersama Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM (kiri) dan Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia. FOTO: UTUSAN.
Judika bersama Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM (kiri) dan Aziana Ali, Pengurus Besar Pemasaran, Sony Music Entertainment Malaysia. FOTO: UTUSAN.

Related posts

Leave a Comment