You are here
HUSNIAH lebur rekod 24 tahun Sukan 

HUSNIAH lebur rekod 24 tahun

PELARI pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mencatatkan rekod kebangsaan baharu sekali gus meleburkan catatan masa yang dipegang oleh G Shanti selama 24 tahun.

Husniah melalui laman Instagram miliknya memberitahu dia berjaya membuat catatan masa 11.45 pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan semalam.

Rekod kebangsaan bagai acara 100meter wanita sebelum ini adalah milik G Shanti iaitu 11.50 saat sewaktu kejohanan Pra Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 1993.

“Setelah sekian lama, saya berjaya mencatatkan rekod peribadi terbaik dan memecahkan rekod kebangsaan yang dipegang oleh G. Shanti. Rekod tersebut dipegang oleh beliau sejak tahun 1993,” jelas Husniah di laman sosial miliknya.

Husniah (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan di Afrika Selatan. Foto dari Instagram Husniah.
Husniah (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan di Afrika Selatan. Foto dari Instagram Husniah.

SUMBER: KOSMO

Related posts

Leave a Comment