You are here
IDAYU sedia terima kecaman netizen Hiburan Tempatan 

IDAYU sedia terima kecaman netizen

JUARA program AF Megastar, Idayu akui mula sedar pentingnya interaksi bersama peminat di laman sosial. Dia tidak lagi menentapkan mode private pada akaun Instagram seperti sebelum bergelar juara.

Namun bagi pemilik nama Nur Farah Idayu Yaakob,32 ini dia masih bimbang untuk berkongsi terlalu banyak dengan peminat.

“Sebenarnya saya suka berkongsi dan dalam masa sama rasa segan. Saya selalu terfikir siapa yang akan melihat jika saya muat naik gambar di laman sosial.

“Saya juga tidak merasakan diri ini popular dan takut dengan pendapat orang yang melihat. Sebab itu agak sukar untuk saya terlalu berkongsi cerita di Instagram.

“Selain itu saya bimbang jika ada yang katakan saya seorang yang murahan atau riak jika banyak muat naik gambar di Instagram.

“Namun selepas dimarah oleh kenalan rapat saya mula sedar. Ini adalah platform untuk peminat kenal lebih rapat dan tahu perkembangan terbaharu. Ini cara paling mudah dan apa salahnya untuk aktif di media sosial.

“Aktif di laman sosial bermakna saya juga sedia menerima kecaman netizen. Saya sentiasa membaca komen untuk mengetahui pendapat mereka tentang diri saya,” ujar Idayu.

Idayu juga memberitahu akan melancarkan projek khas bersama rakannya iatu penyanyi Amylea. Mereka bakal menonjolkan bakat meniru suara penyanyi popular lain dan dimuat naik ke laman sosial.

Bercakap tentang kerjaya nyanyian, Idayu kini sibuk mempromosikan lagu baharu berjudul Selamanya. Dia juga menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengna komposer muda terkenal Hael Husaini.

“Sejak minggu akhir AF Megastar saya sudah minta lagu dari Hael. Namun dia tidak tahu lagu bagaimana yang sesuai dicipta untuk saya.

“Saya minta dia ciptakan sebuah lagu rancak yang sesuai untuk pendengar radio,” cerita Idayu.

Related posts

Leave a Comment