You are here
Impian jadi nyata, AZIZULHASNI AWANG kini juara dunia Sukan 

Impian jadi nyata, AZIZULHASNI AWANG kini juara dunia

JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang,29 sekali lagi mengharumkan Malaysia apabila berjaya memperoleh emas dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong semalam. Kejayaan ini juga meletakkan nama Azizul sebagai juara dunia.

Menerusi laman Instagram miliknya, Azizul memberitahu gelaran ini semenang menjadi salah satu impiannya sejak dari dahulu. Dalam kejohanan dunia sebelum ini Azizul pernah menang dua pingat perak dan dua gangsa sejak mula menyertainya pada tahun 2007.

“Ia menjadi satu detik yang sukar untuk saya percaya. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gelaran ini. Sejak tahun 2007 apabila mula ke peringkat elit saya sentiasa mengejar gelaran ini.

“Ramai yang katakan saya tidak mampu kerana fizikal saya yang kecil. Tetapi dalam pertandingan ini saya telah membuktikan. Saya percaya jika mahukan sesuatu sentiasa ada jalan untuknya.

“Kali ini Hong Kong menjadi saksi, akhirnya impian saya bergelar juara dunia menjadi nyata,” ujar Azizul.

Azizul juga sebelum ini pernah mendapat pingat gangsa di Olimpik Rio 2016.

Sepuluh tahun menanti gelaran dunia.
Sepuluh tahun menanti gelaran dunia.

Related posts

Leave a Comment