You are here
Isu video lucah, Eyka Farhana buat laporan polis Hiburan Tempatan 

Isu video lucah, Eyka Farhana buat laporan polis

PELAKON muda Eyka Farhana membuat laporan polis berhubung isu video lucah yang dikatakan mirip wajahnya.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi,22, memberitahu pihak yang menjadikan video tersebut tular turut di bawah pemerhatian pihak berkuasa.

“Saya tidak pernah main-main tentang perkara yang melibatkan maruah. Orang mungkin nampak perkara ini remeh, malah ada yang mempersendakannya.

“Maruah saya dan keluarga adalah perkara yang sangat saya junjung.

“Kepada mereka yang menularkan video lucah menggunakan nama saya, anda kini dalam pemerhatian polis. Begitu juga netizen yang menghantar mesej mengatakan punya bukti wanita dalam video tersebut adalah saya.

“Saya benar-benar mahu orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk ini menerima hukuman sewajarnya,” tulis Eyka di laman sosial miliknya.

Eyka membuat laporan polis.

Nama Eyka sebelum ini hangat diperkatakan apabila sebuah video lucah yang kononnya mirip wajah Eyka tersebar.

Related posts

Leave a Comment