You are here
IZZUE ISLAM takut ‘Bimbang’ tidak diterima Hiburan Tempatan 

IZZUE ISLAM takut ‘Bimbang’ tidak diterima

SEBAGAI langkah untuk mengembangkan lagi kerjaya seni, penyanyi dan juga pelakon Izzue Islam kini mula berjinak dalam penulisan lirik lagu. Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan,26 ini baru sahaja melancarkan single solo pertama ciptaan sendiri berjudul Bimbang.

Khuatir tidak ada penyanyi lain mahu menerima karya pertamanya, Izzue mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu tersebut sendiri. Ia juga telah menjadi lagu tema bagi drama Tak Beli Tak Cinta yang telah di tayangkan di slot Iris (TV3) pada Oktober lalu.

“Bimbang adalah lagu ciptaan IIAN (gabungan nama Izzue dan isteri, Awin Nurin). Ia mengisahkan tentang seseorang yang memiliki aura positif, ceria dan happy go lucky tidak kira dalam hubungan persahabatan atau percintaan.

“Saya ingin mencuba sesuatu yang dan mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan lagu. Dengan cara ini saya dapat kembangkan lagi bakat dalam dunia seni.

“Alang-alang sudah cipta lagu, lebih baik saya yang nyanyikan sendiri. Sebagai pencipta baru, saya bimbang tidak ada penyanyi yang mahu terima karya ini.

“Menjadi seorang komposer memberi saya satu pengalaman baru. Ia bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk menghasilkan lagu Bimbang, saya banyak bertanya kepada komposer berpengalaman lain.

“Sebab itu secara peribadi saya sangat kagum dan hormat dengan mereka yang telah banyak menghasilkan karya berkualiti untuk semua penyanyi,” cerita Izzue.

FOTO: ED SHAHIR
FOTO: ED SHAHIR

Izzue yang juga merupakan anggota kumpulan Forteen dalam masa sama menafikan sebarang khabar angin yang mengatakan kumpulan tersebut kini sudah berpecah. Sekali pun Izzue dan tiga anggota lainn iaitu Ariz, Ameer dan One sibuk dengan aktiviti sendiri, kerjaya seni Forteen masih tetap diteruskan.

“Penglibatan saya berama Forteen masih kekal dan tiada isu kami sudah berpecah atau saya meninggalkan kumpulan. Ini hanyalah projek istimewa saya sendiri selain berlakon dan bersama Forteen,” jelas Izzue.

Related posts

Leave a Comment