You are here
jalil hamid bimbang tidak diterima sebagai hero Hiburan Tempatan 

jalil hamid bimbang tidak diterima sebagai hero

PELAKON Jalil Hamid, 60 akui bimbang jika penampilannya sebagai watak utama dalam filem Bisik Pada Langit yang bakal ditayangkan September nanti sukar mendapat tempat di hati peminat. Pelakon senior ini sedar trend masa kini yang sentiasa mahukan hero muda sebagai sandaran utama sesebuah filem atau drama.

“Saya terima berlakon dalam filem ini kerana watak yang diberikan belum pernah saya bawa sebelum ini. Ia mengisahkan seorang bapa yang sangat pengasih namun punya sifat degil dalam diri.

“Sekarang ini penonton lebih suka melihat orang muda sebagai watak utama. Apabila memikirkan hal itu ia memberi sedikit tekanan buat saya untuk membawakan watak dalam filem ini.

“Bagaimanapun tekanan itu saya anggap sebagai satu cabaran. Saya mahu ligat adalah penonton dapat menerima saya apabila filem ini ditayangkan nanti.

“Sebagai seorang pelakon yang sudah berpengalaman saya cukup tahu bagaimana untuk tidak meletakkan tekanan itu pada lakonan. Mungkin ia hanya berguna pada babak-babak tertentu sahaja,” ujar Jalil.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan pelakon lain seperti Ummi Nazeera, Erwin Dawson dan Beto Kusyairi.  Ia memaparkan kisah pengorbanan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya.

Lanjut bercakap soal kehendak semasa yang lebih memberi ruang kepada pelakon muda, kata Jalil dia juga pernah merasa tawar hati melihat situasi tersebut.

“Trend sebegini menyebabkan tiada ruang untuk pelakon berusia seperti saya. Ramai produksi lebih fokus pada pelakon muda.

“Saya pernah rasa tawar hati dan berputus asa untuk berlakon. Namun disebakan minat yang mendalam, saya tolak tepi hal tersebut. Bagi saya pasti ada peluang dan ruang yang akan datang untuk pelakon seperti saya,” ujar Jalil.

Selain terus berlakon, Jalil juga kini aktif sebagai Presiden dalam Ikana Seni Komuniti FELDA (ISKAF). Persatuan tersebut membuka peluang buat anak muda asal tanah rancangan FELDA untuk melibatkan diri dalam dunia seni termasuk kerja-kerja belakang tabir.

Related posts

Leave a Comment